'Santai Tapi Sampai'

27 October 2017

Apakah tips mudah untuk menurunkan berat badan?

Isu kenaikan berat ni sememangnya isu dah lama kot. Ada orang gigih nak turunkan berat badan. Pendek kata, macam-macam dia dah cuba untuk turunkan berat badan. Itu belum lagi pada yang suka ambil supplement dan produk pelangsingan badan.

Sebenarnya, kalau kita konsisten, istiqamah dan tak putus asa untuk menurunkan berat badan Insha Allah korang mesti dapat apa yang korang idamkan iaitu berat badan yang ideal. Ada tips mudah sebenarnya. Nak tau tak? Jom baca sampai habis tau.

Apakah tips mudah untuk menurunkan berat badan?
Apakah tips mudah untuk menurunkan berat badan? Kredit Google. 

Apakah tips mudah untuk menurunkan berat badan?

  1. Berdietlah dengan ilmu. 
  2. Setkan matlamat dan sasaran korang. Kalau korang aim nak turunkan 20 kg korang jangan terus direct nak turunkan ke berat yang korang dah set tu, tapi korang cuba turunkan perlahan-lahan. Contohnya, korang cuba turunkan 3-4 kg sebulan. Ulang secara konsisten dan berdisiplin. Insha Allah. 
  3. Elakkan dari bandingkan diri korang dengan orang lain sebab setiap orang tak sama tau. So, bersyukur dengan apa yang korang miliki. 
  4. Rancang hidangan dan menu yang seimbang dari segi makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan oleh badan korang. Apa yang penting, korang berdiet  untuk turunkan berat badan tanpa korang rasa lapar. 
  5. Cuba amalkan konsep nasi segenggam dan memilih hidangan lauk sama ada dari ikan dan ayam yang dikukus, direbus atau di grill
  6. Makan sedikit tetapi kerap. Paling bagus korang makan enam kali sehari dengan setiap 3-4 jam sekali. 
  7. Elakkan dari tertipu dengan iklan makanan dan label pembungkusan pada plastik makanan. Apa yang paling baik, baca nutrisi yang ada pada label makanan tersebut terlebih dahulu. 
  8. Korang fokus kepada 80% pemakanan, 20% senaman dan 100% minda. Kalau korang gemuk dengan makan, so korang kena betulkan cara atau tabiat pemakanan korang kalau nak turunkan berat badan. 
  9. Elakkan dari tidur lewat dan cuba dapatkan tidur yang berkualiti. 
  10. Elakkan diri daripada stress dan depression sebab ia jugak turut memberi kesan pada badan. So, belajar kawal emosi korang.

Ingat, nak kurus bukan hanya untuk cantik semata-mata tapi sebenarnya lebih kepada kesihatan yang tak terbalas harganya.

Sumber Harian Metro.

4 comments:

  1. terima kasih akak untuk entri ni,memang bercita2 cuti sekolah nak loss weight sikit.. hahaha sebab biasanya cuti2 ni lah musim berat badan naik..

    ReplyDelete
  2. Tabiat pemakanan yang tidak dikawal dan kurang exersise menyukarkan kita menurunkan berat badan

    ReplyDelete
  3. 9 tu paling mudah.. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. Yesza.....ilmu tu kena ada..nanti x jadi kita olak menyesal tau =)

    ReplyDelete