'Santai Tapi Sampai'

29 October 2017

Apakah tabiat makan yang baik untuk kesihatan usus kita?

Usus adalah organ terpenting yang ada dalam badan kita yang berfungsi untuk sistem penghadaman. Kalau korang nak tau, usus yang tak sihat akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan khususnya yang melibatkan  bahagian ini. 

Sebenarnya, sistem penghadaman terdiri dari saluran gastrousus, hati, pankreas dan pundi hempedu.

Bakteria yang wujud di dalam saluran gastrousus (saluran yang merangkumi mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur) iaitu flora usus/mikrobiom adalah komponen paling penting dalam sistem penghadaman. Ini kerana, ia membantu dalam proses penghadaman dan fungsinya usus yang lain.

Apakah tabiat makan yang baik untuk kesihatan usus kita?

Dalam menjaga sistem penghadaman kita agar sentiasa sihat tanpa masalah, tabiat dan gaya pemakanan kita perlulah dipandang serius. Begitu jugak dengan cara kita mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi untuk menghargai usus dan menyedari betapa pentingnya menjadi usus ini.

Adalah penting untuk kita mengamalkan corak dan tabiat pemakanan yang baik. So, antara corak pemakanan itu adalah seperti berikut;

  1. Semasa makan, kunyah makanan tu dengan sempurna sebelum korang menelannya. Kalau korang nak tau, makan dengan cepat akan menyebabkan makanan yang dimakan itu lambat hadam. 
  2. Sebaiknya, elakkan dari melangkau waktu makan korang. Kalau korang nak tau, kalau kita melangkau waktu makan, kita akan cenderung untuk makan banyak semasa kita makan pada waktu yang berikutnya. Amalkan makan secara tetap setiap hari untuk melancarkan sistem penghadaman korang tu. 
  3. Elakkan menjadikan makanan sebagai bahan terapi makanan sebab kita mesti akan makan secara  berlebihan. Asal marah ke makan. Sedih pun makan, even tengah gembira pun nafsu makan membuak-buak. Hehe. 
  4. Korang disarankan untuk mengurangkan atau elakkan terus snek yang kurang berkhasiat. Sebaiknya, pilih snek yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan. 
  5. Elakkan makan lewat makan ataupun korang makan dekat-dekat dengan masa korang nak tidur. Kalau korang nak tau kalau lepas korang makan korang terus baring, korang akan mengalami pedih ulu hati dan asid refluks. Nanti korang nak tidur pun tak selesa. Rasa sebu je... 
  6. Ambil diet tinggi serat dan yang mengandungi prebiotiks untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan melancarkan perjalanan usus.

Sayangilah anugerah yang tak ternilai ni. Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

7 comments:

  1. Kalau boleh ikutlah amalan dan tabiat pemakanan terbaik Rasulullah

    ReplyDelete
  2. tqvm info, akak la yg x ikut tabiat ni, makan ikut dan, x sempat skip makan, malas nak keluar, skip makan... tabiat time belajar tu bila dah tua ni lah baru nampak kesannya, orang body cantik sampai ke tua, dia jeles tapi orang berdisiplin dengan tabiat pemakanan dia buat dek je, haa kan sapa yang merana? uwaaa...

    ReplyDelete
  3. Tq atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  4. Betul tu cik la. Kena jaga makan sungguh. Ana ni bila dah terkena gastrik baru rindu rasa nikmatnya perut sihat. :)

    ReplyDelete
  5. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete