19 October 2017

Jom amalkan ni untuk dapatkan kulit yang cantik. Perkongsian dari Dato’ Dr. Fatma El-Zahra.

Cikla sangat percaya mesti semua orang nak nampak cantik kan, tak kiralah muda atau tua. Kalau yang tua tu, orang cakap nak nampak awet muda gitu. 

Sebenarnya, ada petua yang boleh kita amalkan untuk mendapatkannya. Petua ini adalah petua yang diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk nampak awet muda, cantik dan berseri-seri. 

Jom amalkan ni untuk dapatkan kulit yang cantik. Perkongsian dari Dato’ Dr. Fatma El-Zahra.

Korang boleh je nak amalkan semua yang dikongsikan ni, atau kalau dah tak dan sangat tu amalkan satu pun dah ok dah tu. Apa yang penting, istiqamah. Insha Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang.

Petua tersebut adalah seperti berikut;

Cara 1 : Ia dilakukan selepas solat Isyak.
  • Ambil air segelas. 
  • Baca al-Fatihah sekali. 
  • Ayatul Qursi sekali. 
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Kemudian, tiup dalam air dan minum. Niatlah di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk  memperolehi kebahagiaan rumahtangga.

Cara 2 : Berzikir.

Baca zikir untuk kita supaya kita sentiasa nampak berseri, awet muda luar dan dalam. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:

  • Baca ”Ya Badiyah” 1x. 
  • Baca ”Ya Nur” 1x. 
  • Baca ”Ya Hadi” 1x. 
  • Baca ”Ya Allah” 3x.

Korang baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka. Buatlah setiap hari.

Cara 3 : Amalkan membaca ayat-ayat ini.

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh. Selepas baca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian air tersebut diminum. Cara ini diamalkan untuk nampak cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Semoga bermanfaat.

Sumber page Sumber Maklumat.

2 comments:

  1. tqvm atas tip.. mmg idaman wanita mahu dipandang cantik, kecantikan dalaman n luaran.. sama2 kita amalkan yer

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete