2 October 2017

Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik.

Biasanya kita tengok orang gunakan baking soda untuk membuat kek dan roti, tapi sebenarnya kalau korang nak tau kita boleh menggunakannya dalam bidang kecantikan. Tak percaya baking soda ni banyak kelebihannya? Jom baca perkongsian ni.

Ada beberapa kelebihan yang ada pada baking  soda terutama sekali dalam bidang kecantikan, iaitu;

Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik.

Baking soda mencerahkan kulit.

Siapa yang taknak mempunyai kulit yang cerah lebih-lebih lagi secara alami kan. Caranya senang je, guna baking soda. Caranya mudah je, just bancuh banking soda dengan sedikit air, kemudian guna bancuhan itu sebagai pencuci muka korang sebelum dicuci bersih. Lakukan 2 kali sehari, hasilnya pasti tidak mengecewakan korang.

Baking soda membantu memudarkan kesan parut dan membuang sel kulit mati.

Cikla percaya, adanya parut terutamanya pada muka sangat merunsingkan korang kan. Betul tak? Tapi, lepas ni korang tak perlu risau lagi. Just gunakan baking soda yang dijadikan masker

Caranya, bancuh baking soda dengan air suam dan pastikan adunan ni pekat. Selepas itu, oleskan adunan yang telah sebati tadi keseluruhan muka korang tapi elakkan terkena mata dan bibir tau. Biarkan sekejap around 20-25 minit, sebelum dicuci dengan air suam dan bersih. 

Hasilnya, parut akan semakin pudar dan lama-kelamaan parut akan hilang. Kulit pun jadi lebih halus.

Di samping itu, tentu korang tak percaya kan yang baking soda jugak boleh membantu membuang sel kulit mati. 

Cara yang sama seperti di atas iaitu bancuh baking soda dengan air suam kemudian hasil adunan tersebut pada badan dan muka korang secara perlahan-lahan. Kesannya, kulit menjadi halus. Cubalah.

Baking soda membantu mengatasi jerawat dan jeragat.

Kalau bercerita pasal jerawat ni memang kadang-kadang boleh stress. Haha. Begitu dashyatnya penangan jerawat ni kan. Macam tu jugak dengan cik jeragat ni. Dah dah, jangan stress dah. 

Korang boleh gunakan baking soda untuk atasi masalah korang tu. Kalau korang nak tau, baking soda dikatakan mampu mengecutkan jerawat, dan yang paling best sekali adalah, ia tak akan meninggalkan jerawat di wajahmu. 

Caranya pun sangat senang, iaitu just bancuh je baking powder dengan air dan jadikan ia macam masker, tampalkan ke muka korang. 

Kemudian, biarkan sebentar sampai kering dan bilas muka korang dengan air bersih. Lakukan sehari sekali pun dah ok dah. Korang buatlah sampai jerawat hilang.

Untuk merawat jeragat pulak, caranya pun mudah jugak. Korang just campurkan baking soda dengan perahan lemon. Kacau adunan sampai sebati, dan jadikan ia sebagai skrub muka. Buat setiap hari jugak, Insha Allah hasilnya pasti tak mengecewakan korang.

Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik.
Kelebihan menggunakan baking soda untuk cantik. Kredit Google. 

Bagi cikla, kalau nak melakukan sesuatu perkara tu biarlah secara  konsisten dan tanpa jemu. Bukan apa, bila kita perolehi  hasilnya nanti, kita lebih rasa puas hati dan bangga. 

Apa yang paling penting, ia adalah lebih selamat daripada kita menggunakan bahan kimia yang dikhuatiri boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita di kemudian hari. 

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Sekilas Cantik. 

3 comments:

  1. Tak sangka banyak juga kegunaan baking soda ni kan ;)

    ReplyDelete
  2. Byk kegunaannya bs ni ye

    ReplyDelete
  3. banyak kegunaan baking soda ni... cuma jadi takut sebab ada yang guna buat cuci sink cantik berkilat.. menghakis kulit ke idak ye..

    ReplyDelete