'Santai Tapi Sampai'

23 October 2017

Apakah cara yang betul untuk mencuci rambut?

Jangan ingat mencuci rambut ni senang  ye, tapi hakikatnya ia agak sukar jugak. Kita tentu tak sedar yang mana teknik atau cara kita mencuci rambut ni amat mempengaruhi rambut yang sihat dan bersinar. 

Di samping ia turut membantu menghilangkan kelemumur secara optimum jugak. Salah teknik, memang rosaklah rambut kita walaupun tanpa kita sedar.

Sebenarnya, ada beberapa panduan yang agak penting untuk kita tau supaya rambut yang dicuci tu sentiasa sihat dan bersinar. 

Kelebihan menggosok shampoo sampai ke bahagian akar umbi adalah sangat penting sebab ia mampu melancarkan pengaliran darah ke kulit, sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Ada pakar menyarankan, semasa kita menggosok rambut, sebaiknya kita gunakan teknik gosokan secara menegak tapi dengan tekanan yang sederhana. Elakkan dari meramas rambut yang boleh menyebabkan rambut kusut.

cara yang betul untuk mencuci rambut?

Cikla nak share beberapa tips dan panduan macam mana nak mencuci rambut tanpa menyebabkan kerosakan pada rambut kita. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Sebelum meletak shampoo pada rambut, pastikan rambut dibasahkan dan di bilas terlebih dahulu. 

Penggunaan air panas untuk membasahkan rambut adalah lebih digalakkan sebab ia boleh membuka liang rambut untuk menyingkirkan kotoran yang ads padanya. Di samping itu, minyak akan lebih cepat terserap di liang rambut.

Untuk korang yang mempunyai rambut di paras bahu dan panjang, basahkan bahagian hujung rambut korang untuk mengelakkan hujung rambut menjadi rapuh. 

Selain itu, ia jugak melindungi rambut disebabkan oleh peningkatan kelembutan sekaligus menjadikan proses mencuci berlalu dengan smooth. Rambut korang pun akan lebih bersinar.

Sapu shampoo pada kulit kepala je. Korang boleh sapu buah shampoo yang wujud tu dari atas rambut sampai ke akarnya. Kalau korang nak tau, rambut yang paling hampir dengan kulit kepala dikenali sebagai rambut bongsu manakala hujung rambut pulak adalah rambut sulung tetapi paling senang rapuh.

Elakkan menggunakan shampoo secara berlebihan lebih dari yang korang perlukan. Tapi, kalau rambut korang jenis rambut yang tebal atau panjang korang boleh gunakan shampoo 2 kali ganda dari yang biasa. 

Selain itu, ads sesetengah shampoo yang tertulis dibotol yang menyuruh melakukan cucian 2 kali, abaikan je. Sebenarnya, sekali cuci pun dah cukup lainlah kalau rambut korang sangat kotor dan shampoo yang pertama tak menghasilkan buih.

Bila rambut sudah dibilas, perahlah rambut korang. Selepas itu, sapukan perapi dan bungkus rambut korang seberapa lama yang korang nak, sebab kalau korang nak tau makin lama korang 'memerap' rambut korang, makin bagus penyerapan perapi tu pada rambut. 

Akan tetapi, korang kena ingat jangan letak perapi pada bahagian akar rambut sebab ia akan menyebabkan minyak semulajadi yang ada pada rambut terjejas.

Langkah terakhir, korang cuci rambut korang dengan air sejuk untuk menutup kembali liang rambut dan rambut akan jadi lebih bersinar-sinar bak mentari pagi layaknya. Hehe.

Selain dari teknik cucian yang betul, pemilihan shampoo yang sesuai jugak penting. Ada beberapa cara nak pilih shampoo yang sesuai iaitu;

  1. Pastikan korang pilih shampoo dan perapi yang sesuai dengan rambut korang. Kalau rambut korang jenis kering, korang kena pilih produk jenis yang mengandungi pelembap. 
  2. Kekerapan mencuci rambut jugak bergantung kepada jenis rambut korang. Kalau rambut korang jenis berminyak, seeloknya cuci setiap hari. Tapi, kalau rambut korang jenis kering atau normal, cuci 3-4 kali seminggu pun dah ok dah.
  3. Sebaiknya, semasa mencuci rambut elok gunakan air yang ditapis sebab ia mengandungi mineral dan membuang karat yang mungkin ada di dalamnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber Harian Metro September 2017.

4 comments:

  1. Menarik ! Baru tahu ada rambut bungsu dan rambut sulung. Kena cuci rambut dengan betul baru la rambut kekal cantik kan

    ReplyDelete
  2. Info bermanfaat untuk pembaca

    ReplyDelete
  3. info yang berguna cik la. mek akan guna shampoo macam kedai punya. maksud mek, letak berapa titis shampoo je dlm satu botol dan campurkan air. memang jimat giler ! satu botol tahan sampai 8 bulan dengan penggunaan shampoo 3x seminggu

    ReplyDelete
  4. Tip yang amat berguna terutama untuk orang yang malas dan kurang masa untuk menguruskan rambut sendiri! Asal nak cantik je p saloon,.. melayang RMMM.. padahal ada teknik simple yang boleh kita lakukan sendiri di rumah untuk meastikan penjagaan rambut kita terjaga rapi..

    ReplyDelete