3 October 2017

Petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Orang cakap kalau nak cantik, kenalah usaha untuk jadi cantik. Jangan asyik cakap nak cantik je, tapi tak buat apa-apa. Mana boleh jadi macam tu kan. Tapi, bagi cikla apa yang paling penting, menggunakan bahan semulajadi adalah lebih selamat sebab kita dapat mengelakkan diri kita dari menjadi 'mangsa' produk itu nanti. Dari nak jadi cantik, terus jadi masalah lain. Kan?

Petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Kali ni cikla nak share dengan korang petua cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.  Apa yang pasti, petua ni adalah dari bahan semulajadi dan semestinya selamat. InshaaAllah.

Petua melembutkan rambut dengan yogurt buatan sendiri. 

Untuk mendapatkan rambut yang lembut, korang boleh cuba petua ni. Yogurt buatan sendiri atau homemade. Cara nak membuat yogurt ni mudah saja. Firstly, campurkan 2 sudu besar susu tepung dengan air suam dalam sebuah cawan. Then, campurkan lime juice di dalam cawan tersebut dan simpan selama 5 jam di dalam fridge.

Bila yogurt nampak pekat, korang lumurkan pada rambut kemudian 'bungkus' rambut korang dengan menggunakan tuala bersih. Biarkan lebih kurang sejam sebelum dibilas dengan air. Kalau nak hasil yang bagus, buatlah selalu. InshaaAllah.

Petua mengatasi masalah rambut beruban.

Memang tak dinafikan, ada orang muda-muda lagi dah beruban rambutnya. Mungkin kesan dari penggunaan minyak rambut atau produk penjagaan rambut yang tak sesuai. Tapi, takpe. Korang boleh cuba petua ni. 

Caranya adalah, parut sebiji buah kelapa tua, kemudian ambil santannya. Selepas itu, didihkan santan tersebut sampai pecah minyak. Ambil minyak tersebut dan campurkan dengan sedikit halba lalu disimpan di dalam botol yang bersih. Korang gunakanlah minyak tersebut setiap hari dengan menjadikannya sebagai minyak rambut. Insha Allah, lama kelamaan uban akan semakin berkurangan dan rambut jadi hitam balik.

Petua mencantikkan mata. 

Cikla selalu dengar orang cakap, 'Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati. ' Nah, begitu hebatnya panahan mata kan, sebab itulah kita perlu menjaga anugerah yang tak ternilai ni dengan baik. Dengan meminum air putih yang secukupnya setiap hari, ia dikatakan mampu mengelakkan bahagian mata kita menjadi kering dan berkedut.

Petua menghapuskan jeragat. 

Cikla percaya sesiapa yang mempunyai kulit yang berjeragat mesti runsing memikirkan cara nak merawat masalah ni kan. Lepas tu, bila berhadapan dengan orang rasa macam confident tu kurang je kan. Betul tak? Korang jangan risau, korang boleh cuba petua ni. 

Just gunakan hampas kelapa je untuk menghapuskan jeragat ni semua. Kalau korang nak tau, dengan menggunakan hampas kelapa ia dikatakan dapat membantu menghilangkan jeragat sekaligus menjadikan kulit muka korang lebih halus dan gebu.

Caranya, ambil hampas kelapa, kemudian gosokkan hampas kelapa tersebut pada keseluruhan kulit muka korang. Selepas itu, biarkan sekejap around 20 minute sebelum dicuci dengan air bersih. Untuk lebih berkesan, ulang langkah tersebut sampailah jeragat hilang.

Petua mengurangkan garis halus diwajah.

Sebelum ni, apa yang cikla tau petua tok nenek dulu-dulu, kalau kita nak pudarkan atau hilangkan (kalau dilakukan secara konsisten) guna je kulit pisang. Ada yang pernah cuba tak? Tapi, kalau korang nak tau kulit pisang jugak boleh digunakan untuk mengurangkan garis halus di wajah korang.

Caranya adalah, keluarkan bahagian dalam isi kulit pisang dan campurkan ia dengan 1 sudu besar madu sebelum disapu keseluruhan wajah dan leher korang. Biarkan sekejap dalam 15-20 minit sebelum dibersihkan dengan menggunakan tuala yang telah direndam dalam air suam. Untuk hasil yang baik, lakukan 2-3 kali seminggu.

Petua putihkan siku dan lutut.

Memiliki siku dan lutut yang gelap adalah agak memalukan. Walaupun bahagian itu adalah bahagian yang 'tersorok', tapi kita tak boleh nak mengabaikan kedua-duanya. Untuk memutihkan bahagian ni, ada petua mudah yang mungkin boleh korang cuba. Gunakan aje minyak zaitun kerana ia dikatakan mampu memutihkan kulit secara semulajadi.

Caranya mudah je, ambil beberapa Titus minyak zaitun, kemudian sapukan pada bahagian siku dan lutut sebelum mandi. Biarkan sehingga 30 minit sebelum korang mandi macam biasa. Selepas mandi, sapukan pulak losyen pelembap pada bahagian yang bermasalah tu. Untuk kesan yang lebih baik, amalkan setiap hari sebab ia sangat bagus menanggalkan sel kulit mati sekaligus melembapkan kulit kita.

Petua merawat tumit kaki pecah.

Tumit kaki pecah sememangnya kelihatan kurang menarik, betul tak? So, bagi mengatasi masalah ni, ambil beberapa biji belimbing buluh sebelum dibersihkan. Selepas itu, gosokkan belimbing buluh tersebut pada tumit yang bermasalah. Last sekali, beruskan tumit kaki korang tu dengan lembut, dan buatlah setiap hari sebelum korang mandi.

Bagi cikla, kalau nak dapatkan hasil seperti yang dihajatkan kenalah buat secara konsisten dan tanpa jemu. Kalau kejap buat, kejap tak memang tak menjadilah kot.

Sumber Ruangan Aneka Petua.

No comments:

Post a Comment