Bilakah pembedahan tiroid dilakukan?

Cikla percaya semua orang kalau dengar perkataan bedah je mesti macam-macam perasaan timbul kan. Cuak, risau, gelisah dan takut. Semua ada. 

Mana taknya, macam cikla ni lagilah first time masuk dewan bedah. Perasaan gugup tu memang tak boleh nak gambarkan. Time disorong masuk ke dewan bedah tu, bibir tak henti berzikir semoga dipermudahkan semuanya.

Sebenarnya, bagi pembedahan tiroid khususnya doktor bukannya suka-suka nak bedah kita kalau tak kerana ada sebab tertentu. 

Kalau hospital kerajaan lagilah, kalau kes kita tu tak berapa serius memang kena tunggu turn lah untuk  bedah. Mereka akan dulukan kes yang urgent dan serius dulu. 

Tapi, kalau hospital swasta memang cepat je tak kiralah kes urgent atau tak urgent.

Bilakah pembedahan tiroid dilakukan?
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa sebab mengapa pembedahan tiroid dilakukan, iaitu;

  1. Keadaan bengkak yang menekan saluran pernafasan dan makanan. Ini akan menyebabkan pesakit seperti susah nak menelan atau bernafas. 
  2. Bengkak yang membesar dengan cepat iaitu lebih dari 5 mm dalam tempoh 6 bulan. 
  3. Terjadinya perubahan kepada suara iaitu menjadi serak. 
  4. Kes retrosternal tiroid iaitu tiroid turun ke dada. 
  5. Tujuan kosmetik. Walaubagaimanapun, sebab kosmetik ni adalah atas permintaan pesakit. Lagipun, ramai lagi pesakit lain yang dah lama menunggu sebab ada indikasi dan tujuan kosmetik juga bukan priority
  6. Keputusan ujian biopsi atau ultrasound memberikan result suspek kanser.

Sumber Prof. Rohaizak Muhammad Ukmsc, Group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

1 comment:

  1. assalamualaikum cikla. aida dtg terjah ari ni.
    hmmm kalau xde aral, pertghan disember ni, mak aida operate tiroid.
    sedih skit hati ni :(

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews