'Santai Tapi Sampai'

25 October 2017

Rahsia untuk menghasilkan kari daging/ ayam atau kari ikan yang sedap sampai menjilat jari.

Cikla rasa semua orang suka makan kari kan, tak kiralah kari ayam atau daging atau ikan. Bagi diri cikla sendiri, memang cikla suka kari. Nak-nak pulak kalau cicah dengan roti canai. Fulamak, memang heaven lah. Tapi, itulah. Kari maklah yang paling sedap di dunia. Cikla pun pelik, padahal ramuan semua sama tapi rasa tetap tak sama. Huhu.

Kalau korang nak tau, sebenarnya nak buat rasa kari kita lebih sedap sampai menjilat jari ni ada rahsianya. Nak dijadikan cerita, kebetulan cikla terjumpa perkongsian dari Puan Jauharatuddini Taib  di laman Facebooknya tentang rahsia ni. Jeng jeng jeng. Nak tau tak apa rahsianya? 

Jom baca apa yang cikla nak share ni. Menarik tau, terutama bagi yang pertama kali tau. Memang macam excited je nak cuba.

Rahsia untuk menghasilkan kari daging/ ayam atau kari ikan yang sedap sampai menjilat jari.

Untuk menyedapkan kari ayam atau daging, ikuti langkah berikut:
  1. Masa menumis rempah, pastikan rempah tu garing, tetapi jangan sampai hangus. Ada orang biasanya akan bancuh dulu serbuk kari dengan air. Tapi, kalau korang nak tau sebenarnya tumis dulu bawang dan bahan lain, kemudian baru masukkan rempah kari. Macam yang cikla selalu buat ni.  Lepas tu, goreng selama 1- 2 minit, baru masukkan air. Air pulak tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sampai bahan tumisan terbit minyak.
  2. Selepas tu, barulah masukkan daun kari dan kentang, seterusnya masukkan pulak daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut dulu, barulah di tambah air. Macam mak cikla cakap, biar kering sikit air ayam atau daging tu sekaligus bagi mesra daging tu dengan bahan yang ditumis. Barulah sedap nanti. 
  3. Apabila korang sudah masukkan air, tambahkan pulak santan atau susu segar. Lepas masukkan tu, terus perlahankan api dan biarkan kuah mendidih. Selepas itu, bila kenyang dah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.

Kalau korang nak tau jugak, antara rempah yang boleh menyedapkan kari korang tu adalah bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Cara untuk memasak kari daging adalah lebih kurang sama je macam kari ayam cuma kebanyakkan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum di masak. So, daging akan jadi lebih lembut, aroma kari akan meresap ke dalam daging dan menjadinya kuah lebih sedap.

Manakala, untuk menyedapkan kari ikan pulak, ikuti langkah berikut:

  1. Untuk menjadikan kari ikan yang sedap, korang boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
  2. Kalau korang menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskannya bersama santan. Cara ini akan dapat memotong bau hanyir ikan.
  3. Semasa menumis pulak, korang boleh masukkan sedikit garam dan ini akan menggaringkan rempah dengan baik.
  4. Selain itu, untuk menyedapkan lagi kari ikan, korang boleh patahkan 2-3 cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
  5. Kalau korang nak meletakkan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Korang hanya perlu rebus je bendi itu di dalam air yang dimasukkan dengan sedikit minyak dan garam. Tapi, korang kena ingat jangan biarkan benda terlalu lama. Ketika mahu menghidangkan kari, barulah korang masukkan benda ke dalam kuah. Betul jugak cara ni kan, kiranya nanti bendi takdelah overcooked
  6. Sebelum ikan dimasukkan ke dalam kari, pastikan kuah sudah mengelegak. Kalau tak, isi ikan akan mudah hancur dan ini akan membuatkan kuah menjadi hanyir.
  7. Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia keluar minyak dan jangan biar tidak terlalu lama.

Untuk pengetahuan korang, semasa menumis, korang boleh guna rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Tapi, korang kena elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari. 

Kalau nakkan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. So, rasa rempah dan santan akan menjadi lebih mesra gitu dan kuahnya akan memekat. Nanti bila ia dipanaskan rasanya akan lebih sedap.


4 comments:

  1. bagus juga tips cik la ....
    pelaga tu saya tak guna , lepas ni nak try guna pula...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ..ala lama x makan kari..minggu ni nak buat la...

    ReplyDelete
  3. kalau masak kari ayam mmg ikut tips ni..inshaallah, sedap.

    ReplyDelete
  4. Singgah pagi...
    wah..sedapnya kariiii...

    ReplyDelete