Sebelum ni kalau beli buah, sekalipun ternampak buah kiwi tu kat situ, memang tak tergerak pun nak beli.
Nak dijadikan cerita, kebetulan ada pasaraya Econsave baru bukak kat area rumah cikla dan ada promosi pulak, tergerak pulak nak beli dan merasa. Lagipun, korang tau je lah buah kiwi ni mahal jugak harganya kan.
Sejujurnya, ni pertama kali cikla makan buah ni. Biasanya, sebelum ni cikla makan nata de coco ataupun yang telah dibuat jus. Itupun dia dah campur dengan buah lain. So, rasa fresh kiwi tu dah tak berapa nak rasa kan. Cikla memang makan mentah macam tu je.
Untuk pengetahuan korang, nama buah kiwi ni sebenarnya diambil sempena nama burung Kiwi New Zealand.
Burung kiwi adalah sejenis burung luar biasa yang tak boleh terbang (walaupun ia adalah dari spesis burung). Kedua-duanya kecil (buah dan burung kiwi) , berwarna coklat dan berbulu. Akan tetapi, bukan semua buah kiwi berbulu gebu (fuzzy).
*alah cikla tak snap gambar pulak, pinjam Google lah.
Sumpah, masa memula tu memang tak reti nak makan macam mana. Cikla ingat kena kupas kulitnya macam kita kupas buah epal tu.
Rupanya, caranya senang je. Guna sudu. Bentuk buah kiwi lonjong dan berbulu halus di luarnya. Setahu cikla, buah kiwi ni ada dua jenis (yang cikla pernah nampaklah).
Yang warna hijau (macam yang cikla makan ni) dan yang jenis gold. Tapi, cikla tak taulah kalau ada jenis yang lain.
Bagi cikla, sedap jugak buat kiwi ni lebih-lebih lagi kalau yang dah masak. Masam-masam manis. Kiranya boleh ngamlah dengan tekakku ini.
Untuk pengetahuan korang, buah kiwi mempunyai banyak khasiatnya. Korang nak tau tak apakah kelebihan buah berbulu halus ni? Jom baca apa yang cikla nak share ni.
- Membantu sistem penghadaman, kerana di dalam kiwi mentah mengandungi actinidain, iaitu sejenis enzim pelarut protein. Ia dikatakan dapat membantu mencerna makanan.
- Membantu mengawal tekanan darah, kerana di dalam buah kiwi adanya portassium yang tinggi yang mana ia membantu dalam pengimbangan elektrolit dengan cara meneutralkan kesan sodium.
- Melindungi daripada berlakunya kerosakan DNA, kerana ada kajian dilakukan yang mana ia menunjukkan di dalam buah kiwi wujudnya gabungan antioksida yang unik. Ia dikatakan dapat membantu melindungi sel DNA daripada kerosakan oksidatif. Malah, ada pakar mengatakan buah kiwi jugak dapat membantu mencegah kanser.
- Membantu meransang sistem imuniti, kerana di dalam buah kiwi adanya vitamin C yang tinggi kandungannya. Ia dikatakan telah pun terbukti dapat meransang sistem imunisasi.
- Mengandungi karbo bijak dalam usaha diet untuk menurunkan berat badan, sebab di dalam buah kiwi terkandungnya fiber dan indeks glisemik yang tinggi. Maknanya, ia tak akan menghasilkan rembesan insulin yang kuat seperti lain. So, badan tak akan bertindak balas dengan menyimpan lemak.
- Membantu menyahtoksin bahan yang tak diperlukan oleh badan, kerana fiber “fuzzy” buah kiwi dikatakan boleh membantu mengikat serta membuang toksin dari saluran usus kita.
- Membantu mengelak dari penyakit jantung. Kalau korang nak tau, dengan memakan 2 hingga 3 biji buah kiwi sehari telah terbukti dapat mengurangkan potensi darah beku sebanyak 18% dan mengurangkan triglyserida sebanyak 15%. Buah kiwi jugak mempunyai sifat anti-pembekuan yang sama seperti aspirin dan yang penting ia tiada kesan sampingan.
- Buah kiwi menghasilkan keseimbangan alkaline, iaitu ia kaya dengan bekalan mineral l yang boleh menggantikan lebihan makanan berasid yang biasanya dimakan oleh seseorang itu. Ia adalah penting untuk mendapatkan kulit muda, tidur yang nyenyak, tenaga fizikal yang banyak, kurang selsema, kurang arthritis dan mengurangkan osteoporosis.
- Buah kiwi merupakan makanan organik semulajadi, kerana pada tahun 2016 ia tersenarai sebagai 10 makanan selamat yang bebas dari sisa racun perosak.
Marilah kita makan buat kiwi. Tapi, untuk orang yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi hempedu tak boleh makan buah ni.
Ini kerana, di dalam buah kiwi adalah oksalat iaitu bahan semulajadi yang biasanya ada di dalam kebanyakan tumbuhan dan haiwan.
Kalau korang nak tau, bila oksalat jadi terlampau pekat dalam cecair badan, ia boleh berubah menjadi bentuk kristal. Kesannya, mereka akan mengalami masalah kesihatan.
Selain itu, buah kiwi jugak mengandungi bahan enzim yang berkait rapat dengan sindrom alahan buah-buahan bergetah. Kalau korang jenis yang alah kepada getah, mungkin korang alah jugak dengan buah ni.
Semoga bermanfaat.
Sumber SINI.
Makan kiwi awet muda....trust me...sama macam strawberry fresh
ReplyDeleteMmg cikla selalu dgr org cko buah ni ni bagus lebih-lebih lagi utk kecantikan. Lepas ni mkn buah kiwi byk2. Hehe
Deletebuah kiwi sedap..tp kalo dpt yg masak xsuka hehe
ReplyDeleteYang masak masam masam manis kan...
DeleteMasam masam manis tu yang kecur dibuatnya...yang ada suka nakan buah kiwi yang dah dibuat jeruk kering atau halwa kiwi..
ReplyDeleteHaah. Cikla pernah nmpk halwa kiwi tu. Tp tak pernah try pun.
DeleteSaya belum makan lagi buah ni CikLa... ke saya lupa... hihi.. macam dah pernah makan... tapi beli je belum lagi.. nice info sis...
ReplyDeleteKalau buat jus lun sedap jugak ni agaknya kan
Deletedia ada banyak jenis tapi between yang gold & green, gold sedap lagi. Alaaaa terliur dah
ReplyDeleteYg gold cikla tak pernah mkn lagi. Ada nmpk jugak tp harga mcm mahal sikit kan..
DeleteBuah kiwi ni favorite Marsha dan kerap makan masa mengandung dulu untuk lawas...:)
ReplyDeleteOh ye ke. Bagus jugak utk org yg kerap sembelit kan..
Delete