Apakah dia Methylparaben?

Kita sering mendengar yang Methylparaben digunakan dalam produk kosmetik, ubat-ubatan (farmaseutikal) dan sesetengah bahan makanan yang diproses. Selain itu, ia jugak boleh didapati dalam beberapa jenis produk kecantikan seperti deodorant, syampu, shower foam, losyen dan lain-lain. Kalau korang nak tau, Methylparaben adalah sejenis bahan pengawet yang mana fungsi utamanya adalah untuk membunuh dan menghalang kuman dari membiak.

Apakah dia Methylparaben?
Apakah dia Methylparaben? Sumber Google. 

Manakala, dalam produk kosmetik Methylparaben banyak digunakan dalam pelembap muka, produk anti-penuaan, pewarna rambut, produk pemutihan kulit, pembersih muka, maskara, eye shadow dan sebagainya.

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, Methylparaben mempunyai beberapa kebaikan iaitu ia mampu mencegah pertumbuhan bakteria, sekaligus dapat menghalang produk tersebut daripada berkulat dan cepat rosak. Akan tetapi, Methylparaben jugak mempunyai beberapa keburukan iaitu sabun contohnya akan terhakis apabila direndam atau terdedah pada udara. 

Selain itu, ia jugak akan bertindak balas dengan UV B dan boleh menyebabkan peningkatan kerosakan DNA serta penuaan kulit kalau digunakan secara berlebihan. Apa yang korang kena tau, penggunaan Methylparaben dengan kadar yang ditetapkan adalah tidak memudaratkan melainkan kalau ia digunakan secara berlebihan. Lihat ingredients produk sebelum membeli.

Sumber SINI.

3 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews