REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi.

Sebelum tu, untuk pengetahuan korang, reunion bermakna pertemuan semua yang telah dirancang selepas lama tidak berjumpa antara satu sama lain. Basically, tujuan reunion ni adalah untuk menyambungkan semula hubungan persahabatan yang sudah lama terputus sekaligus mengeratkan kembali hubungan tersebut. Ada yang menimbulkan persoalan, yang mana reunion ni adalah tempat untuk menyambung kembali cinta lama yang telah terputus dulu.

Sejauh manakah ia benar, dan apakah peranan kita sebagai suami atau isteri untuk mengelakkan daripada ia berlaku? Bagi cikla, kalau dua-dua masih single lagi takpelah kan. Tapi, macam mana pulak kalau kedua-duanya sudah berkahwin. Kan dah timbul masalah lain pulak. Memang tersasarlah makna dan tujuan sebenarnya reunion itu. Apa kata kita baca apakah yang si suami atau si isteri kena tau sebelum mereka mahu menghadiri majlis reunion. Jom baca perkongsian ni.

REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi.
REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi.  Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, family-based reunion adalah yang paling selamat sebab ia dapat menghindarkan diri kita dari perasaan curiga yang mungkin terdetik di hati, selain ia dapat mengelakkan mungkin wujudnya ruang cinta berputik semula. 

Amboi, kiranya reunion ni macam sesi bertemu kembali kekasih lama lah ye. Emm.

Di samping  itu, selain dari dapat mengeratkan kembali hubungan ibubapa, ia juga dapat menggalakkan hubungan silaturahim sesama anak-anak jugak. 

So, sebaiknya kalau nak menghadiri reunion tu, korang bawaklah sekali keluarga korang tu, untuk tujuan perkenalan dan memanjangkan persahabatan sesama isteri-isteri dan suami suami, termasuklah anak-anak masing-masing. 

Berikut merupakan tips untuk suami atau isteri sebelum mereka mahu menghadiri reunion, iaitu;

  1. Pasang niat yang betul mengapa korang nak menghadiri reunion tu? Adakah untuk bertemu rakan lama atau sebaliknya. 
  2. Sebaiknya elak sebab korang nak menghadiri reunion ni untuk mengelakkan diri dari konflik rumah tangga korang ataupun mencari semua kekasih lama untuk mengubati luka di hati. 
  3. Tak kiralah suami ataupun isteri, kalau korang nak pergi reunion tu korang bawaklah pasangan masing-masing. Di sana nanti korang boleh perkenalkan mereka pada kawan-kawan korang tu. So, lebih nampak ikhlas sikitkan tujuan korang nak pergi reunion
  4. Kalau boleh, elak daripada terlalu bercerita pasal kenakalan korang pada pada masa dahulu, lebih lagi kalau melibatkan cinta monyet. Tak pasal-pasal muncung pulak orang sebelah tu. Hehe. 
  5. Pada masa yang sama, kalau kita ikut suami atau isteri kita pergi majlis reunion mereka, kawal perasaan cemburu lebih-lebih lagi kalau melihat 'keakraban' pasangan kita dengan sahabatnya. 
  6. Jangan terlalu terbawa-bawa dengan 'kenangan' korang dulu. Yang lepas biarlah berlaku. Lagipun sekarang masing-masing sudah berkeluarga. Apa yang penting adalah apa yang korang miliki sekarang ni.

Bagi cikla, tak kira suami atau isteri Jagalah batas pergaulan. Tak salah menghadiri reunion just untuk menyambungkan kembali hubungan persahabatan yang terputus dulu, tapi jangan pulak ambil kesempatan. 

Sejarah tak mungkin berulang, apa yang penting hubungan persahabatan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila. Insha Allah.

Sumber Ruangan Psikologi Perkahwinan.

4 comments:

  1. dh lama xpegi reunion tp kalo setakat reunion ngan kwn sama2 jantina okla

    ReplyDelete
  2. Tak paham yang pergi reunion beriya taknak bawa pasangan tu.

    ReplyDelete
  3. Setuju tu cikla, batas pergaulan perlu jaga..
    Paling selamat, bawa jer pasangan memasing, muehehe...

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni. sebab selalu banyak benda negatif jadi selepas reunion.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews