7 October 2017

Kawasan di rumah yang paling banyak bakteria yang mungkin korang tak tau.

Sebenarnya, di dalam rumah ada beberapa kawasan dan tempat yang mungkin kita tak sangka begitu banyak bakteria berada di situ. Kepekaan kita terhadap hal sebegini adalah sangat penting, lebih-lebih lagi kalau kita mempunyai anak-anak yang masih kecil. Faham-faham ajelah, budak-budak macam adik Zara kalau jumpa benda mesti masuk dalam mulut. Entah kenapa. Mungkin dia nak rasa benda tu manis ke, tawar ke, masin ke. Haha.

Kawasan di rumah yang paling banyak bakteria yang mungkin korang tak tau.

So, sebagai ibu yang prihatin kepada kesihatan anaknya, seharusnya kita mesti tahu di manakah tempat-tempat yang mungkin ada bakteria dan kuman di situ. Nak tau tak kat mana? Jom baca seterusnya.

Remote control.

Betul jugak kan. Bukannya satu tangan yang pegang remote control tu, tapi banyak tangan kan. So, memang kita tak akan sedar berapa banyak bakteria yang melekat padanya. So, jalan penyelesaianya korang kena bersihkan remote control tu setiap hari dengan menggunakan tisu antibakteria. Paling tak pun, lap dengan menggunakan cecair antiseptik.

Dinding tandas.

Dah namanya tandas kan, mestilah banyak kuman dan bakteria kat situ. So, kalau korang membersihkan bilik mandi, jangan lupa pulak nak cuci sekali dindingnya sekali. Lantai pun jangan lupa tau.

Coffee maker.

Pengguna coffee maker kena alert pasal ni. Mungkin korang telah membersihkan penapisnya, tapi mesti ada jugak sisa kopi yang masih melekat di situ. Betul tak? Kalau sisa ni dibiarkan tanpa di bersihkan, ia akan menjadi punca wujudnya bakteria. Rendamkan bekas tu dengan menggunakan cuka beberapa minit, kemudian cuci dengan air bersih.

Bekas berus gigi.

Memang tak dinafikan yang bekas berus gigi ada tempat yang lembap sebab selalu terkena air. So, ia boleh juga menjadi tempat bakteria membiakkan dirinya.

Bekas makanan haiwan peliharaan.

Kalau korang jenis yang suka membeli bintang seperti kucing, hamster, dan sebagainya, korang kena alert pada bekas tempat makanan haiwan-haiwan ini. Paling bagus, cucilah bekas ni setiap hari dengan merendam bekas tersebut dalam air panas lebih kurang 10 minit dan selepas tu cuci dengan sabun dan air bersih.

Dapur gas.

Biasanya, kalau kita memasak mesti ada minyak atau kuah masakan kita terpercik di sana sini. Betul tak? So, selepas selesai memasak, sebaiknya korang lap dan bersihkan kawasan ni terutama pada permukaan dapur dan tombolnya.

Jom jadi seorang ibu yang sentiasa alert dan prihatin terhadap kebersihan di dalam rumah demi kesihatan keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Info Sihat.

2 comments:

  1. paling tak sedar kat remote control tu lah huhu

    ReplyDelete
  2. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete