3 November 2025

Minda kita macam bank : Apa kita simpan, itulah yang kita akan dapat balik.

Pernah tak korang dengar pepatah ni: “Your mind is like a bank. What you deposit is what you can withdraw.”

Ayat dia nampak simple, tapi sebenarnya dalam sangat maknanya. Cuba bayangkan minda kita ni betul-betul macam akaun bank. Setiap hari kita “menabung”. Bukan duit, tapi fikiran, perasaan, pengalaman dan maklumat yang kita terima.

Kalau hari-hari kita isi akaun tu dengan benda positif, lambat laun kita akan jadi orang yang tenang, yakin dan bersemangat. Tapi kalau hari-hari kita isi dengan benda negatif. Rasa marah, benci, iri hati, keluhan. Jangan pelik kalau hidup pun rasa berat, tak gembira, dan cepat give up.

Apa Maksud ‘Deposit’ Dalam Minda Kita?

Setiap kali kita baca sesuatu, tengok video, atau berbual dengan orang lain, sebenarnya kita tengah “deposit” sesuatu dalam otak kita. Contohnya:

- Bila korang baca buku motivasi atau tengok video inspirasi, itu kira deposit positif.
- Bila korang asyik dengar orang mengeluh, kutuk orang, atau scroll benda-benda yang buat rasa down. Itu kira deposit negatif.

Minda kita tak pandai tapis. Apa saja yang kita bagi, dia akan simpan. Jadi, kalau kita nak hasilkan “withdrawal” yang baik (macam idea bernas, keputusan bijak, atau emosi yang stabil), kena pastikan apa yang kita “deposit” pun elok.

Macam Mana Nak Buat Deposit Positif?

Tak susah pun. Kadang benda kecil je, tapi impaknya besar gila kalau buat konsisten. Contohnya:

- Setiap pagi dengar lagu atau podcast yang bagi semangat.
- Baca satu dua muka surat buku yang bagi inspirasi sebelum tidur.
- Tulis benda yang kita bersyukur setiap hari.
- Berkawan dengan orang yang banyak aura positif dan tak suka mengata.

Bila kita biasakan diri dengan input yang baik, automatik minda kita akan jadi “bank” yang kaya dengan semangat, ilmu, dan ketenangan.

Minda kita macam bank : Apa kita simpan, itulah yang kita akan dapat balik.

Bahaya Deposit Negatif.

Ramai tak sedar, kadang benda kecil pun boleh jadi racun dalam minda. Contohnya, bila kita selalu banding diri dengan orang lain di media sosial. Mula-mula nampak macam tak apa, tapi lama-lama minda kita penuh dengan rasa tak cukup, tak layak, tak hebat macam orang lain. Itu semua “withdrawal” daripada deposit yang salah.

Sama juga kalau kita suka fikir benda negatif dulu sebelum apa-apa. “Nanti mesti gagal.” “Aku ni memang tak pandai.” “Tak payahlah cuba, buang masa je.”

Bila asyik ulang benda tu, otak pun percaya. Minda ni kuat, dia akan jadi apa yang kita ulang-ulang.

Bila Dah Banyak Simpanan Baik, Hidup Pun Senang.

Cuba bayangkan, bila korang dah selalu “menabung” benda baik, satu hari nanti bila datang cabaran, korang boleh “withdraw” balik semua tenaga dan keyakinan tu.

Masa orang lain dah panik, korang boleh bertenang sebab dalam minda korang dah penuh dengan simpanan positif.

Contohnya, masa kena marah atau ditegur, korang boleh tarik balik ilmu kawalan emosi yang korang baca minggu lepas. Atau bila rasa malas, korang boleh ingat balik video motivasi yang bagi semangat dulu. Semua tu “withdrawal” dari simpanan yang korang buat tanpa sedar.

Minda kita ni tak pernah tidur. Dia sentiasa bekerja dan menyerap apa saja yang kita bagi. Jadi, kalau kita nak hidup lebih tenang, yakin, dan berjaya. Jaga apa yang kita masukkan dalam kepala kita setiap hari. Begitulah.

Mulakan dengan benda kecil. Tukar content yang korang hadap, tukar cara korang bercakap dengan diri sendiri, tukar circle yang korang duduk. Lama-lama, akaun “bank minda” korang akan penuh dengan perkara baik dan korang akan rasa perubahan besar dalam hidup.

So, tanya diri sendiri. Hari ni korang nak deposit apa dalam minda korang? Sebab bila tiba masa nak withdraw, korang cuma boleh ambil balik apa yang korang dah simpan.

No comments:

Post a Comment