21 June 2020

Penyakit anemia semasa mengandung.

Rasanya ada yang pernah dengan mengenai penyakit ni kan. Umumnya, penyakit anemia adalah keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin ni pulak penting untuk pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. So, kaitan antara anemia dan ibu mengandung sangat dititikberatkan sebab kalau ibu yang mengandung mengalami anemia, tisu seluruh badan akan menjadi hipoksia iaitu kurang kandungan oksigen dan kurang tenaga.

Untuk pengetahuan korang jugak, anemia ni boleh dikesan melalui ujian darah, iaitu bila paras hemoglobin atau Hb dalam sel darah merah kurang dari 11 gm/dl. Macam cikla, setakat ni bacaan Hb setiap kali checkup mengandung cantik, 12 gm/dl ke atas. Dan, sejak cikla mengandung dari anak sulung sampai nak masuk lima ni, alhamdullillah cikla takde masalah Hb ni. Syukur! 

Penyakit anemia semasa mengandung.
Penyakit anemia semasa mengandung. Gambar kredit Google.


Basically, ada 2 cara nak atasi masalah anemia ni, iaitu:

Pil Hematinik.

  • Ia terdiri dari empat jenis pil iaitu pil zat besi (ferrous fumarate), pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks (B Co). Pil ni penting sebab kandungan zat besi, asid folik dan vitamin B kompleks penting untuk pembentukan sel darah merah, manakala pil vitamin C pulak penting untuk tingkatkan penyerapan zat besi. Cikla dulu masa anak sulung dengan kedua kot, makan 4 pil ni. Tapi sekarang ni makan sebijik je, pil OBIMIN yang kaler merah tu.
  • Kalau korang jugak, pil ni tak akan menyebabkan baby besar, dan biasa baby akan lahir dengan berat normal antara 2.4 kg hingga 4 kg. So, jangan risau ye. Sebaliknya, pil ni akan bantu ibu pulih dengan cepat dan baby membesar dengan sihat. 
  • Untuk penyerapan terbaik dan optimum, ambil pil ni bersama air kosong atau jus buah dan elak mengambilnya dengan air kopi, teh, air gas, minuman bercoklat dan susu sebab minuman ni semua menghalang penyerapan zat besi. 
  • Oh ye, pil ni ada kesan sampingan gak, tapi untuk sesetengah ibulah seperti sembelit, rasa loya dan pening. Namun, kesan ni sementara je. 

Ambil makanan kaya dengan zat besi.

  • Antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi adalah terdiri dari sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Ada jugak sayur yang tinggi kandungan zat besinya seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan. 
  • Ibu yang mengalami masalah anemia ni perlu mengambil sekurang-kurangnya satu jenis makanan yang kaya dengan zat besi ni everyday. 

Penyakit anemia semasa mengandung. Gambar kredit Google. 

Ada 2 cara untuk meningkatkan penyerapan zat besi :

  1. Lebihkan makanan yang boleh bantu tingkatkan penyerapan zat besi dalam menu harian ibu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C termasuklah jambu batu, limau, betik, mangga. Manakala sayuran hijau pulak adalah seperti pegaga, sawi, pucuk ubi, bayam dan kangkung. Selain itu, ibu boleh jugak minum jus buah.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang mrngandungi penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, air gas dan minuman bercoklat. 
  3. Elak juga minuman bersusu sebab dia pun boleh mengganggu penyerapan zat besi. Ibu perlu jugak amik susu untuk sumber kalsium, tapi masa nak ambil tu elok time waktu makan utama, seperti time minum pagi, minum petang atau minum malam.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia. 




1 comment: