'santai tapi sampai'

Cikla percaya semua orang terutama yang perempuanlah sentiasa mahukan berat badan yang ideal dan kurus langsing. Betul? Tapi itulah. Kadang...

Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.

Cikla percaya semua orang terutama yang perempuanlah sentiasa mahukan berat badan yang ideal dan kurus langsing. Betul? Tapi itulah. Kadang bukan senang nak dapatkannya kalau dah start berat badan tu naik, lagi lagi jenis yang berat dia cepat naik. Jenuh wehh, yang give up pun ada. 

Dah dah, jangan sedih sedih. Meh baca ni cikla nak share petua atau tip yang korang boleh cuba untuk turunkan berat badan. Apa yang penting istiqamah, displin dan semangat! 

Jangan berlapar.

Kita semua tau yang makanan bagi kita tenaga. Tapi, bila kita guna tenaga kurang dari apa yang kita ambil, badan kita akan terkejut. Badan akan mula bakar 'muscle'(otot) untuk gantikan makanan, dan ini akan menyebabkan kadar metabolisma badan jadi rendah.

So, bagi mereka yang tak tahan lapar, biasanya mereka akan makan lebih dari biasanya. Time ni jugak, walaupun kita ambil makanan seperti kebiasaanya, tapi metabolisme badan kita masih lowSo, kalori yang terbakar bukan pada tahap yang sama.  

Minumlah air 8 gelas sehari.

Rupanya, air boleh kurangkan selera makan secara semulajadi, selain ia dikatakan membantu badan korang memetabolismekan lemak yang tersimpan dalam badan. Itu sebab, ada orang minum air sebelum mengambil makanan berat.

Elak mengambil minuman berkarbonat. 

Mesti ramai yang dah tau kot yang air gas atau berkarbonat biasanya tinggi gula, 7 hingga 8 sudu gula. So, dah sah sah dia tak bagus untuk kesihatan.

Kurangkan garam dan gula dalam menu harian.

Garam yang diambil secara berlebihan akan menggalakkan penangkungan air. Keadaan ni akan membuatkan badan korang menangkung sedikit air, maksudnya berat badan korang akan jadi kurang disebabkan air. Selain tu, kurangkan gula jugak. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.  

Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.
Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan. Kredit Google. 

Mesti mengambil sarapan. Jangan skip!

Nak turunkan berat jangan skip sarapan. Sebab? Ada kajian cakap, meeka yang tak ambil sarapan lebih 'berisiko' untuk gemuk. Pasalnya, sarapan dikatakan boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. So, kadar metabolisme juga akan meningkat untuk bakar kalori. 

Banyakkan buah dan sayuran dalam menu diet harian.

Buah dan sayur memang kaya dengan sumber vitamin, mineral dan serat termasuklah kandungan lemak yang rendah. 

Fokus diet untuk sihat, bukan semata-mata nak kurus je.

Tukar mindset korng, kalau sebelum ni korang nak diet untuk kurus, tapi lepas ni set nak diet untuk sihat. So, secara automatik korang akan pilih makanan atau menu yamg menyihatkan buka makanan yang semata-mata menguruskan tapi tak semestinya menguruskan. Faham tak tu? Hihi. 

Tukar cara masak, sama ada merebus atau grill makanan.

Kedua-dua cara ni adalah cara paling bagus untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan. Kalau sayur pulak, elok korang tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit. 

Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.
Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.  Kredit Google.


Masa makan guna piring jenis rata.

Elak menggunakan piring cekung, gunalah piring rata. Lepas tu ambil sayur dulu, then baru nasi. Last, baru ambil lauk. Senang cakap, amalkan konsep suku suku separuh. Lagi satu, kalau kat umah tu, makanlah dekat meja makan. Jangan makan sampai tengok tv. Cuba ya!

Banyakkan berjalan.

Aktiviti berjalan dikatakan membantu membakar sebahagian kalori dari makanan yang korang ambil. Bayangkan, setiap 25 langkah, 1 kalori akan digunakan. Kalau beribu ribu langkah, kira ajelah berapa kalori yang korang dah bakar. Lagi lagi kalau korang turun naik tangga. Tapi kena ingat jugak, buat santai santai je. Janganlah paksa diri. Ok.

Kredit info petua : Group telegram Petua dan Kesihatan.

1 comment:

  1. dari dulu nak praktikkan badan yang sihat tapi asyik tergoda je dengan makanan, harap2 nanti boleh tahan hihi

    ReplyDelete