Setiap ibu yang melahirkan mesti punya keinginan untuk menyusukan anak secara eksklusif kan.
Macam cikla, anak sulung je menyusu lebih dari 2 tahun, anak yang lain semua setahun lebih je. Zara yang paling cepat putus susu badan, 10 bulan, sebab cikla operation tiroid.
Kesian jugak, tapi nak buat macam mana kan, terpaksa kata orang. Demi anak-anak jugak. Sobbbb.
So, bagi sesetengah ibu yang menyusukan, agak mencabar juak nak kekalkan penghasilan susu tu senatiasa banyak dan ada untuk anak kan.
Sebab ada orang yang susu cepat kering. Ada orang pulak susu memang meriah, sampai bengkak-bengkak walaupun dah bagi anak menyusu dengan kerap. Rezeki orang tak sama kan?
Nak tau tip penting untuk ibu yang masih menyusukan anak? Meh baca ni. Gambar kredit Google. |
Tip untuk ibu yang menyusukan anak.
Kerapkan kosongkan payudara. - Kerapkan susu bila baby berada dengan ibu. Susukan anak 1-2 jam sekali. Kerapkan mengepam bila baby tak bersama ibu.
Seeloknya, 2-3 jam seklai atau usahakan untuk pump tiga kali sepanjang tempoh 10 jam berkerja.
Jangan tunggu payudara penuh baru nak pump. - Bila kita rasa payudara kita dah penuh ataupun bila payudara mula bengkak, baru mula nak pump. Jangan!
Sebab, semakin lama kita biarkan susu tak dikeluarkan, protein jahat akan menghasut otak menghentikan penghasilan susu.
Inilah salah satu sebab supply akan drop dan lama-lama susu akan mengering. So, keep pumping 2-3 jam sekali walaupun di tempat kerja.
Ambil makanan dan minuman yang berkhasiat secukupnya. - Ambillah makanan dan minuman yang bergizi sihat dan berzat, termasuklah melebihkan pengambilan sayur. Boleh je nak makan apa yang menjadi kegemaran kita, tapi yang penting sederhana.
Air kosong jangan lupa. Yang penting, secukupnya bukan berlebihan ye. Pendek kata, just enjoy the food that you take it!
Keep positive. - Ibu perlu keep positive dan elakkan stress sebab keadaan ni boleh ganggu hormon oksitosin iaitu hormon yang bertanggungjawab bantu menghasilkan susu dari payudara.
Kalau hormon ni kurang, aliran susu akan jadi tak lancar dan susu susah nak keluar. Lagi satu orang tersayang kenalah supportkan, terutama encik suami.
Banyakkan berdoa dan terus kuat bersemangat nak susukan baby. - Ibu sentiasa kuatkan semangat dan tekad untuk terus menyusukan baby. Banyakkan doa supaya urusan penyusuan dipermudahkan, termasuklah berdoa supaya susu ibu sentiasa cukup untuk baby. InshaAllah.
Kredit Nufiya.
No comments:
Post a Comment