Ibu hamil dan gangguan tiorid - Ibu perlu dapatkan rawatan segera jika mengalami masalah ini.

Jujur, cikla juga adalah seorang pesakit tiroid, hipotiroid. Pastinya, pengalaman mengandung kali ni memang sangat mencabar dan of course bagi pengalaman baru pada cikla. 

Bermula dengan kepatuhan pergi monthly checkup di dua tempat. Satu di klinik kesihatan dan satu lagi di hopsital untuk pantau hormon tiroid dan termasuklah penentuan dose thyroxine yang cikla kena ambil sepanjang kehamilan ini. 

Bila bercerita mengenai organ penting yang satu ini, iaitu kelenjar tiroid, basically secara anatominya kelenjar tiroid bentuk dia seakan rama-rama yang mana dia ni bertanggungjawab menjaga fungsi utama badan. 

Fungsi kelenjar ini adalah untuk menghasilkan hormon tiroid yang mana hormon ni yang memberikan tenaga dan metabolisme pada badan kita. 

Ibu hamil dan gangguan tiorid - Ibu perlu dapatkan rawatan segera jika mengalami masalah ini.
Ibu hamil dan gangguan tiorid - Ibu perlu dapatkan rawatan segera jika mengalami masalah ini. Gambar kredit Google. 

Tapi, bila kelenjar tiriod ni berkerja pada keadaan yang tak sepatutunya, itu yang akan menjadi masalah. 

Kalau kelenjar terlalu aktif (hipertiroidisme) pun masalah, kurang aktif (hipotiroidisme) pun masalah jugak. Ibu yang mengandung yang mempunyai masalah tiroid terutama jenis hipertiorid dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk rawatan selanjutnya. 

Selain itu, ibu hamil yang mempunyai gejala bengkak di leher jugak kena pergi membuat pemeeriksaan seperti ujian darah iaitu ujian fungsi tiroid. 

Hipertiroid :
  • alami masalah denyutan jantung yang laju.
  • tangan menggeletar (shaking). 
  • tak tahan panas.
  • selera makan meningkat.
  • kitaran haid tak teratur.
  • bola mata boleh menonjol.

Hipotiroid :
  • rasa lemah.
  • tak tahan sejuk.
  • mengalami masalah peningkatan berat badan.
  • keluar darah haid yang lebih lama dan banyak. 

Untuk pengetahuan korang, masalah tiroid boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan baby terutama pada trismester pertama. 

Tapi, korang tak perlu risau sebab ada ubat dan rawatan yang sesuai untuk ibu mengandung yang mempunyai masalah hipertiroid atau hipotiroid ni. 

Ibu yang mengalami hipertiroid contohnya mesti melakukan ujian darah pada setiap trimester sebab baby perlukan hormon yang cukup untuk tumbesaran dia. 

Jika ibu yang bermasalah tiroid ni tak mendapat rawatan sepatutnya, kandungan mungkin terdedah kepada komplikasi seperti kecacatan tumbesaran janin, masalah kesuburan, uri lekang sebelum melahirkan dan apa yang menyedihkan keadaan ni jugak boleh menyebabkan keguguran. 

Antara komplikasi yang lain, pada ibu pulak :
  • jantung ibu berisiko rosak.
  • suhu badan meningkat. 
  • kadar denyutan jantung meningkat. 
  • thyroid storm mungkin boleh berlaku (hormon tak dapat dikaawal masa nak bersalin). 

Semoga ibu ibu kuat ya!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews