'Santai Tapi Sampai'

26 June 2020

Nak tau cara mudah elak sebar penyakit di rumah? Jom baca ni.

Cikla memang setuju kalau orang cakap langkah pencegahan penyebaran penyakit adalah bermula dari rumah kita sendiri. Dan, antara ruang terpenting dalam bahagian rumah yang perlu diberi perhatian terutama soal kebersihan adalah ruang dapur. Bukan apa, dapur umpama office bagi ibu ibu menyediakan makanan dan minuman untuk seisi keluarga. Apa yang penting, kepentingan memastikan makanan yang disediakan tu bersih dan selamat untuk dinikmati.

Jadinya, ada beberapa tip yang ibu ibu boleh praktikkan dan menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kebersihan di ruang yang satu ini sebagai usaha untuk 'menghentikan' punca penyebaran penyakit.

Nak tau cara mudah elak sebar penyakit di rumah? Jom baca ni.
Nak tau cara mudah elak sebar penyakit di rumah? Jom baca ni. Gamabr kredit Google.

Tip mudah itu adalah seperti berikut:

  1. Amalkan norma baru dengan meluangkan masa seminit untuk mencuci tangan dengan air dan sabun dan gosok selama 15 hingga 20 saat, sebelum mengelap tangan yang dicuci tu sampai kering dengan kain yang bersih. Ini penting, terutama ibu yang nak menyediakan makanan untuk keluarganya
  2. Bersihkan permukaan meja makan sekerap yang mungkin dengan menggunakan sabun dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dan dikeringkan dengan menggunakan kain lap yang bersih. 
  3. Sentiasa memastikan kebersihan dapur termasuklah tombol pintu dan kabinet, suis lampu dan pemegang peti sejuk.
  4. Sebaiknya makanan dimasak pada suhu melebihi 70 darjah celcius untuk memastikan bakteria yang mungkin ada mati sepenuhnya. 
  5. Kalau makanan tak dimakan terus selepas dimasak, biarkan makanan sejuk dan biarkan suam di atas suhu 65°C. 
  6. Sentiasa memastikan peralatan dapur dalam keadaan bersih.
  7. Setiap kali nak memasak, tukar dan gunakan kain lap yang baru dan bersih.
  8. Selepas memasak pulak, lakukan pembersihan di keseluruhan dapur.

Sumber : Perkongsian tip dari Malte Pelayo, seorang ahli mikrobiologi.

1 comment:

  1. sekarang ni lepas mencuci kena disinfeksi sekali semua barang tambah yang kerap disentuh

    ReplyDelete