Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap.

By Cikla Shahril - June 06, 2020

JOM MASAK KUEH TEOW GORENG PALING SIMPLE TAPI SEDAP.  Ada peminat kueh teow tak? Jujur, cikla jarang sangat masak kueh teow ni, tapi sebab semalam cikla ada beli sikit, tengok anak-anak berebut makan. So, hari ni mak mereka masakkan. Puas sikit makan kan. Kebetulan, breakfast pun lambat, ni merangkap lunch sekali laah.

Mungkin ada yang lebih pro masak dari cikla, tapi resepi cikpa share ni adalah yang paling senang dan cepat. Rasanya sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak memasak. 

So, jom tengok macam mana nak masak kueh teoew goreng cara cikla. Semestinya, sedap!

Resepi kueh teow goreng simple.


Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap.
Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap. 

Bahan-bahan :
1 bungkus kueh teow. 
2 biji bawang kecil (hiris).
1 ulas bawang putih (hiris). 
1 peket fish ball (potong 2).
1 sudu besar cili giling (kalau suka pedas, lebihkan).
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato. 
5 sudu besar kicap kipas udang manis (kalau suka gelap sikit, lebihkan).
2 biji telur.
Segenggam taugeh dan sedikit daun kucai.
Minyak dan garam secukupnya.  

*Kalau nak tambah isi ayam ke, daging ke, kerang atau udang atau seafood lain ke, boleh je. Ikut suka korang.

Cara nak masak :
Cuci kueh teow dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sesuai. Tumis bahan hiris sehingga kekuningan, lepas tu masukkan fish ball. Gaul rata. 

Then, masukkan cili giling dan kacau lagi sampai cili garing dan naik bau. Time ni boleh masukkan perencah lain macam isi ayam, seafood kesukaan korang tu. 

Dah naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul rata, then pecahkan telur. Time ni besarkan sikit api dan kacau laju-laju sampai telur tu jadi macam kental. Last, masukkan kueh teow, taugeh, daun kucai dan garam secukup rasa. Kalau kurang gelap, korang nak tambah kicap, ok je. Dah siap, angkat. 

Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap.
Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap. 

Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap.
Jom masak kueh teow goreng paling simple tapi sedap. 

Kueh teow goreng ni lagi sedap dimakan dengan cili jeruk kan. Macam char kueh teow jugak. Cumanya, char kueh teow lebih berkuah. 

Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

2 Orang yang komen.

  1. Terimakasih atas perkongsian resepi :)

    ika singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/06/book-review-homestay-kembara-mistik.html

    ReplyDelete