"Luahan Rasa Tanpa Suara"

24 September 2023

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.

Lepas habis jer cite Obsesi Dia, cikla tak tengok pun cerita then next. And cerita the next pun dah habis, kuar pulak cerita ni. Drama suspen thiller. Wah, memang cerita camnilah yang cikla suka. Suspen suspen gitu. Tengok pelakon dia pun boleh tahan walaupun ada pelakon baru yang cikla tak kenal pun. Haha. Rasanya minggu ni dah minggu akhir pun, tapi cikla baru berkesempatan follow dari episod 1. 

Bagi cikla semua orang/watak dalam drama ni misteri. Haha. Pendek kata, semua boleh dikatakan suspek. Setiap episod tu ada jer part yang mendebarkan, and tak sabar nak tengok the next kisah. Haha. Okey la, jom la baca sinopsis boleh kita dapat gambar drama ni berkisahkan apa kan. Lepas tu, apa lagi. Laayannnn. Hihi.

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Pelakon :
Intan Najuwa sebagai Aliya.
Adam Lee sebagai Waiz.
Scha Elinnea sebagai Marissa Damia.
Haliza Misbun sebagai Suraya.
Muaz Zabir sebagai Ikmal.
Raff Roslee sebagai Syaqir.
Kimberly Chuah sebagai Elijah.
Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha.
Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat 
Fariz Isqandar sebagai Hakimy.
Raden Zaharatul sebagai Bella 
Sinopsis:
Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok.
Drama terbaru Pemburu Rahsia, drama suspen thiller wajib tengok. 

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

So, macam biasa nak tau apa kesudahannya, siapa dalang disebalik semua yang berlaku kenalah tengok sampai episod final kan? Okey la, happy watching. 

Kredit info SINI 

No comments:

Post a Comment