Halia, sejenis rempah berakar dan rasa pedas. Cikla yakin semua orang kenal halia. Iyelah, halia ni kita guna dalam menu masakan dan boleh dikatakan kita gunakan dia setiap hari sebab ia juga bermanfaat untuk kesihatan jugak. Selain dari manfaat popular dia untuk mengeluarkan angin dalam badan, ada banyak lagi manfaat halia yang lain. Apakah itu? Jom kita baca sampai habis. 



-Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu perbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

-Halia adalah penawar terbaik dan berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Walaupun sebab yang tepat tak diketahui, tapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan bila diberi serbuk halia.

-Halia dah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum 2-3 kali sehari.

-Halia sesuai dalam membantu sistem pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Ia juga dapat mengurangkan keradangan.

-Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau usus.

-Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

-Kalau korang mengalami selsema atau batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru  dan melonggarkan kahak sebab ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. 

-Halia membantu meningkatkan sistem imun. Dengab pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh bantu kurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

-Halia boleh membantu mengurangkan dan mengatasi masalah morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75%.

Moga bermanfaat.