Makanan yang sesuai diambil ketika seseorang itu demam.

By Cikla Shahril - September 19, 2023

Tak dinafikan, bila demam selera makan pun ke laut. Makanan kegemaran pun rasa tawar hambar, tak sedap langsung. So, mungkin senarai makanan di bawah ini boleh diambil ketika kita demam. Bukan apa, pengambilan makanan yang sesuai akan mempercepatkan proses penyembuhan seterusnya menambahkan tenaga.  


1. Sup ayam yang diletak bersama bawang putih.

Hidangan ni boleh dijadikan sebagai antibiotik semulajadi. Kehadiran bawang putih di dalam menu ini membantu dalam melawan demam. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri antivirus dan juga menghasilkan antioksidan. Daging ayam juga adalah sumber protein untuk memberikan kita tenaga yang penting. Lagipun, menu ni mudah disediakan dan sedap dimakan panas ketika demam. 

2. Makan madu asli.

Madu mentah mempunyai kandungan polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bagus kalau korang mengalami sakit tekak.

3. Sup ikan.

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak yang mana ia adalah sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan dalam badan. Kalau korang kurang rajin nak buat sup, ikan juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Apa yang penting, ia mempunyai khasiat  yang baik untuk orang yang kurang sihat. 

4. Sup sayur.

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan sebab mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Resepi sup sayur ini sangat mudah disediakan dan tak rumit. Letak je sayur-sayur kegemaran korang. 

5. Buah beri biru.

Ada kajian memgatakan, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ia mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti seseorang dalam menentang sejuk dan selesema. 

6. Masakan yang mengandungi kunyit. 

Semua tau kot, kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Tambahkan kunyit ke dalam makanan atau menu korang ketika korang diserang selesema. Selain itu, korang juga boleh menambah kunyit ke dalam susu panas bagi melegakan selesema dan demam. Cubalah.

Moga bermanfaat. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments