Restoran Abang Strawberry.

Banyak kali naik Cameron Highland baru pestime singgah sini. Viral kot tempat ni, cuma cikla je lambat sikit. Haha. Lokasinya adalah di Taman Sedia, Tanah Rata Cameron Highland. 

Restoran yang menarik, siap ada tempat ootd untuk korang yang gemar berselfie. Makanan minuman pun sedap. Siap boleh petik buah strawberry sendiri lagi. Ada jugak dijual produk berasaskan strawberry seperti kordial, jem dan sambal popular dorang, sambal strawberry. 

Tempat nak berselfie. Bolehlah selfie ramai-ramai satu famili. Enviroment restoran ni memang cantik. Rugilah kalau tak berposing kan. 

Antara tempat nak Ootd

Lima beradik bergambar. Bukan senang nak dapat semua behave camni. Lagi-lagi yang kecik tu. 

Selfie dengan budak keteng. 

The anak dara's. Sorang je mak dara. Haha. 

Cantik kan? Serba merah gitu. 

Budak dorang ni kalau baik memang ngam. Kalau tak, asyik nak perang je. 

Muahh sikit. Haha. 

Antara pilihan air kat sini. Teh ais strawberry. Haa, yang ni rasa strawberry dia kuat. Dan manis sikit.

Nasi lemak ayam strawberry. Sedap, sambal dia pun tak pedas. Cuma nasinya takdelah rasa strawberry. Rasa nasi lemak. Hihi. Warna je pink. Ayam dia puas hati. Besar, puas makan. 

Yang ni tempat jualan produk dorang, boleh lah korang nak grab sebagai cenderhati. Tapi cikla tak beli pun, cuci mata je. 

Strawberry House, tempat kot kalau korang nak beli cenderahati. 

Banyak jugaklah pilihan produk dia. 

Restoran Abang Strawberry ni memang luas dan bagi cikla esklusif. 

Lawanya. 

Ladang strawberry dorang. Boleh petik sendiri tapi time cikla datang takde pun cikla tengok yang petik. Buahnya dah habis kot tu.

Ladang strawberry. Time kitaorang datang buahnya dah habis dipetik. Tengok je la. 

Korang yang belum pernah datang sini boleh la mampir menjamu tekak kat sini kalau ke Cameron. Kat sini cabarannya nak cari parkinglah sebab tempatnya agak terhad dan kawasan tumpuan orang ramai lagi-lagi hari cuti. So bertabahlah ye. Harga? Faham-faham ajelah kalau tempat-tempat camni. Tapi sekali sekala belanja famili kan apa salahnya. Murah rezeki korang. Hihi.

Cikla bagi 5/5 bintang. Simpan sini buat kenangan. 

1 comment:

  1. Dalam bahasa Jawa, Abang itu artinya merah ๐Ÿ˜„. Jadi cocok sangat namanya Abang strawberry ๐Ÿ˜…. Merah di mana-mana ya kak ๐Ÿ‘๐Ÿฟ.

    Pastinya kalau tempat wisata begini harga memang tinggi. Tapi sesekali tak apa. Apalagi saya pun suka sangat strawberry. Tapi kalo asam, prefer dibuat selai

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews