Iye ke semua makanan ini dapat mencantikkan kulit kita?

Korang mesti tau kan faktor pemakanan juga amat berkait rapat kalau kita nak mencantikkan kulit kita. Khasiat dan vitamin yang terkandung dalam makanan boleh  membantu menyihatkan sekaligus mencantikkan kulit dari dalam. Jadi, dikatakan  8 jenis makanan ini sesuai untuk mereka yang nak kan kulit yang cantik dan sihat.


1- Jadikan timun sebagai masker untuk merawat masalah kulit muka yang kasar. Cara, parut di bahagian hujung timun pastu gaulkan dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada keseluruhan muka korang sebelum tidur sebelum dicuci pada keesokan harinya. Timun jugak biasanya orang makan buat ulam atau dikadikan bahan asas dalam sesetengah jenis masakan.  

2- Dalam tomoto ada tinggi lycopene. Lycopene ni lah yang buat muka korang jadi merah berseri di sekitar pipi. Kulit muka jugak jadi licin dan halus macam kulit buah tomato. Tomato jugak boleh dijadikan bahan anti penuaan iaitu kulit menjadi lebih muda gitu.

3- Kandungan nutrien sepert protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C) yang ada dalam bayam sangat bagus untuk mengurangkan risiko kulit jadi berkerut dan berkedut walaupun usia korang semakin bertambah. Senang je, tambahkan bayam dalam menu harikan korang. Masaklah apa-apa yang sedap, janji ada bayam kat dalamnya. Haha. 

4- Korang yang suka makan badam dikatakan mempunyai kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tak mengambilnya langsung. Sebab, dalam badam kaya dengan vitamin E. Fungsi vitamin E ni adalah sebagai anti oksida supaya kulit jadi lebih kuat dan sihat nak nak pulak ketika korang  duduk kat bawah sinar matahari.

5-vSelalu korang dengar lobak merah ni bagus untuk bagi mata jadi fresh, namun tahukah korang lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini boleh bantu ransang sel kulit supaya jadi lebih baik sekaligus menghalang sel-sel kanser.

6- Semua orang suka coklat kan? Coklat bukan boleh membuatkan korang rasa happy je malah boleh bantu tekstur dan kekenyalan kulit korang jadi lebih tegang. Toinggg toinggg gitu. So, now korang bolehlah abaikan omongan coklat boleh buat korang jadi gemuk dan pencetus jerawat sebab coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan terbaik. 

7- Untuk pengetahuan korang, teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minima sepanjang proses pembuatannya. Selain bagus untuk kesihatan, ia jugak bantu kulit jadi lebih halus dan mulus. 

8- Ubi manis sememangnya kaya dengan vitamin C. So, ia boleh bantu haluskan kulit, malah menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang ada dalam ubi adalah salah satu bahan penting yang membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

Moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews