Punca sakit sendi.

Sakit sendi yang biasa berlaku adalah di kawasan sendi lutut. Kalau yang ni mak cikla pun ada kena jugak. Maklumlah, biasa orang tua je yang selalu kena sakit ni kan? Orang cakap, pelincir bahagian situ dah semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia. 

Tapi, percayakah korang kalau cikla cakap, zaman sekarang ni yang muda belia pun berisiko untuk kena jugak. So, nak tau apa puncanya? Meh baca ni. 

Punca sakit sendi.
Punca sakit sendi. Gambar kredit Google.

  1. Faktor usia. Umur yang semakin meningkat akan menyebabkan kawasan sendi menjadi semakin tak berfungsi.
  2. Sendi yang mugkin cedera. Kecederaan yang lalu pada sendi seperti ligamen yang koyak akan menyebabkan sendi tu jadi tak stabil Keadaan ni akan menyebabkan kecederaan yang seterusnya mudah berlaku. 
  3. Faktor genetik. Penyakit yang melibatkan sendi seperti rheumatold arthritis, SLE dan ankylosing spondylosis biasanya berkait rapat dengan genetik. 
  4. Berat badan berlebihan. Untuk pengetahuan korang, mereka yang mempunyai lebihan berat badan akan memberi tekanan yang lebih pada sendi dan ini boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tersebut. 
  5. Jangkitan. Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan. 
  6. Melakukan kerja berlebihan. Kalau seseorang melakuan kerja secara berlebihan, contohnya mengangkat barang berat, ia boleh mencederakan kawasan sendi. Ia akan menyebabkan sakit sendi berlaku.
  7. Jantina. Kebanyakan sakit sendi selalu berlaku pada wanita. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ediagnosa.com

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews