'santai tapi sampai'

Dengan sedikit disiplin dan tips mudah ini, korang boleh kekalkan badan yang langsing dan sihat tanpa rasa terseksa. Dan kalau ada hari-hari...

10 tips paling mudah untuk tubuh kekal langsing dan sihat.

Dengan sedikit disiplin dan tips mudah ini, korang boleh kekalkan badan yang langsing dan sihat tanpa rasa terseksa. Dan kalau ada hari-hari malas, tak apa senyum dan cuba lagi esok! Jom kita baca apakah tips itu. 

10 tips paling mudah untuk tubuh kekal langsing dan sihat.

Minum air, tapi bukan air manis. 

Air kosong tu kan murah! Kalau rasa air kosong tak cukup 'thrill', bayangkan ia air magic yang buatkan korang jadi lebih cantik. Serius, air putih ni kunci segala kebaikan.

Jangan lupa sarapan.

Kalau korang anggap sarapan tak penting, itu salah ye. Cuba korang bayangkan kereta tanpa minyak. Mana nak jalan kan? Camtu jugak dengan sarapan. Ambil sarapan yang sihat supaya perut tak buat konsert rock belum tiba lunch hour lagi, haha.

Makan secara perlahan.

Makan tu macam bercinta, kena pelan-pelan nikmati. Kalau makan laju sangat, bukan sahaja tak sempat nak rasa makanan, perut pun tak sempat nak bagi isyarat “stop!”. Kekenyangan terlampau tu memang bahaya!

Banyakkan ambil serat.

Serat ni macam 'teman tapi mesra' yang senyap-senyap jaga perut kita. Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh untuk kenyang lebih lama dan sistem penghadaman yang lancar. Nak glamor pun kena sihat dalam-dalam, kan?

Elakkan makan lewat malam.

Kalau lepas jam 10 malam, lapar melampau, anggap je dapur tu tutup. Cari je drama Korea atau filem seram untuk hilangkan fokus dari perut yang berbunyi. Makan malam awal-awal, baru boleh tidur dengan nyenyak! Kalau lapar sangat, ambil snack untuk mengatasi mengurangkan rasa lapar tu. 

Senam, jangan malas.

Kalau rasa jogging itu bosan, cuba senaman yang tak nampak macam senaman. Zumba ke atau menari sebab apa yang penting berpeluh. Ingat, badan aktif plus badan sihat. Jangan lupa fefeling sambil buat squat!

Tidur yang cukup dan berkualiti. 

Jangan ingat berjaga malam tu 'cool'. Badan kita ni macam handphone, kalau tak charge penuh, mula la nak 'hang'. Tidur awal, bangun segar bugar!

Kurangkan gula.

Gula tu memang manis, tapi kesannya nanti tak seindah rasa. Nak awet muda dan langsing? Kurangkan gula dalam diet. Senyum manis tu dah cukup buat orang cair, tak payah tambah gula lagi!

Makan dalam kuantiti kecil, tapi kerap.

Kalau asyik lapar, cuba makan dengan lebih kerap tapi dalam kuantiti kecil. Anggap macam snack untuk badan, tapi bukan snack jajan ya! Pilih yang sihat, contoh almond, yogurt rendah lemak atau buah-buahan.

Kawal stres.

Stres boleh buatkan kita makan macam ada pesta. Jadi, cuba kawal stres dengan hobi atau sekadar duduk tenang sambil hirup teh herba. Bak kata orang, jangan bawa masalah dunia masuk dalam perut!

Moga bermanfaat. 

0 comments: