Wajah kusam dan kering? Mungkin teknik solekan ini boleh bantu korang tampil yakin dan berseri.

Kadang kala wajah kusam dan kering boleh menjadi cabaran besar bila bersolek. Namun, kalau tekniknya betul, korang boleh dapat hasil solekan yang tampak segar dan berseri. Ada beberapa langkah dan tips yang korang boleh cuba untuk menjadikan solekan korang perfect walaupun korang berwajah kusam dan kering. 

Pelembap atau moisturizer is the key! Sebelum korang mula bersolek, pastikan korang oleskan dulu kulit korang dengan pelembap yang sesuai dengan kulit korang. Jangan ikut orang punya sebab tekstur kulit kita memang tao sama.  Pelembap yang baik akan bantu lembutkan kulit dan memberikan 'kanvas' yang lebih halus untuk solekan. Pilihlah pelembap yang ada bahan-bahan seperti asid hyaluronik atau glycerin, yang sangat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Primer untuk kulit kering. Mungkin ada ramai orang skip step ni padahal ia adalah langkah penting. Untuk kulit kering, pilih primer yang mempunyai sifat melembapkan sebab ia akan bantu mewujudkan lapisan asas yang halus. Primer yang berasaskan minyak atau pelembap boleh membantu memberikan wajah yang lebih glowing dan dewy.

Pemilihan foundation yang betul jugak penting. Foundation yang sesuai untuk kulit kering ialah jenis yang memberikan kemasan dewy atau satin, bukannya jenis matte. Foundation dengan formula melembapkan seperti BB cream atau CC cream juga pilihan yang baik. Gunakan berus atau span lembap untuk menyapu foundation dengan lebih rata dan elakkan kawasan yang kering daripada kelihatan lebih ketara.

Concealer, jangan overapply. Bila menggunakan concealer pulak,  pastikan korang tak apply dia terlalu banyak, sebab concealer yang tebal sangat boleh buat kulit kering jadi lebih clear. Pilih concealer yang mempunyai formula ringan dan sapukan hanya pada kawasan yang memerlukan je.

Gunakan bedak dengan berhati-hati, sebab bedak boleh membuatkan kulit kering kelihatan lebih kering. Kalau korang perlu menggunakan bedak, pilih bedak yang ringan dan hanya sapukan di kawasan yang mudah berminyak seperti zon-T. Elakkan sapu bedak di kawasan yang kering atau gunakanlah bedak dengan sangat sedikit.

Wajah kusam dan kering? Mungkin teknik solekan ini boleh bantu korang tampil yakin dan berseri.

Untuk kulit kering, produk solekan berbentuk krim adalah pilihan terbaik. Blush, bronzer, dan highlighter yang berbentuk krim akan memberikan hasil yang lebih natural dan tak akan menyebabkan kekeringan pada wajah. Produk krim juga membantu memberikan kesan glowing yang menyerlah.

Selepas selesai bersolek, gunakan setting spray yang mempunyai ciri-ciri melembapkan. Ia akan bantu solekan tahan lebih lama, sekaligus memberikan kesan dewy yang lawa. Pilih setting spray yang mengandungi bahan seperti aloe vera atau vitamin E untuk kelembapan tambahan.

Elakkan heavy makeup dekat area mata. Kalau korang nak tau, kulit di area mata biasanya lebih kering dan halus. So, elak guna eyeshadow yang terlalu kering atau matte. Yang bagusnya, pilih eyeshadow yang mempunyai sedikit shimmer atau krim untuk kesan yang lebih lembut dan tak mencengkam garis-garis halus di sekitar mata.

Bibir jugak perlu perhatian, sebab kulit bibir juga senang untuk kering. Pastikan korang melembapkan bibir dengan lip balm sebelum menggunakan lipstick. Pilih lipstick dengan formula berkrim atau glossy yang tak akan menjadikan bibir kelihatan lebih kering. Elakkan gincu matte yang boleh mengeringkan bibir korang lebih lagi.

Last, bila korang membersihkan solekan, pastikan korang guna pembersih muka yang lembut dan tak mengeringkan kulit. Pembersih berbentuk minyak atau cleansing milk biasanya lebih sesuai untuk kulit kering. Jangan lupa untuk sentiasa melembapkan kulit selepas mencuci muka.

Senang cakap, kulit kusam dan kering ni memang memerlukan perhatian lebih. Kalau tau teknik dan langkah solekan yang betul, korang masih boleh tampil cantik berseri. Apa yang penting, pastikan kulit korang sentiasa lembap dan pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit korang.

Moga bermanfaat!

No comments:

Powered by Blogger.