12 September 2024

Para suami nak tau tak macam mana cara nak pujuk isteri korang yang merajuk? Meh baca ni!

Merajuk adalah satu seni tau, ahaha. Dan untuk memujuk kembali isteri yang merajuk memerlukan teknik yang halus dan penuh kasih sayang. Tapi jangan risau, dengan sedikit usaha dan selitan jenaka yang menghiburkan, isteri yang merajuk boleh cair seperti ais krim di bawah matahari. Hihi. Saya mewakili para isteri nak share cara-cara nak memujuk isteri yang merajuk, supaya suasana kembali ceria di rumah. Gitu!

Para suami nak tau tak macam mana cara nak pujuk isteri korang yang merajuk? Meh baca ni!
Para suami nak tau tak macam mana cara nak pujuk isteri korang yang merajuk? Meh baca ni! Kredit image to Google. 

Beri ruang, tapi jangan biar lama sangat. - Pertama sekali, jangan terus menyerbu isteri dengan soalan bertubi-tubi macam wartawan. Bagi dia ruang untuk menenangkan diri, tapi jangan biarkan lama sangat sampai dia fikir korang tak peduli. Ingat, merajuk ni ada tempoh matang, hihi. Lepas beberapa minit, barulah cuba dekati dia perlahan-lahan.

Guna 'magik' ucapan manis. - Ayat-ayat seperti "Sayang, awak ni makin cantik bila senyum" atau "Kalau awak merajuk lama-lama, saya rindu suara manja awak" boleh jadi penawar hati. Jangan lupa tambahkan sedikit pujian yang tulus ikhlas. Mana tahu, hati dia terus sejuk.

Hadiah kecil, tapi bermakna. - Tak payah nak belikan hadiah yang mahal-mahal pun. Kadang-kadang coklat kegemaran dia atau bunga dari taman pun dah cukup untuk buat dia tersenyum. Kalau nak lebih kreatif, cuba tulis nota kecil dengan ayat-ayat lucu. Contoh: "Saya janji lepas ni tak akan buat awak merajuk lagi... kecuali kalau awak suka!" Hihi. confirim dia senyum meleret. Maklumlah, hati berbunga-bunga.

Manfaatkan makanan. - Ada pepatah kata, "perut kenyang, hati senang:. Kalau isteri merajuk, cuba ajak dia makan malam istimewa. Korang boleh masakkan makanan kegemaran dia atau ajak keluar makan. Bila perut dah penuh, hati pun mudah sejuk.

Tunjukkan perhatian penuh. - Ketepikan sekejap telefon, TV, atau apa-apa gangguan lain. Fokus 100% kepada isteri. Tanya apa yang dia rasa, dengar dengan penuh perhatian, dan jangan cuba betulkan semuanya terus. Kadang-kadang, dia cuma nak didengari.

Buat lawak ringan. - Kalau suasana dah mula reda, selitkan sedikit lawak untuk mencairkan lagi hati dia. Contohnya, "Kalau saya janji buat kerja rumah esok, awak tak marah lagi kan?" Lawak ringan ni boleh membantu mengendurkan ketegangan.

Peluk erat. - Kadang-kadang, tak perlu kata apa-apa pun. Pelukan erat dah cukup untuk tunjukkan betapa korang menghargai dan sayangkan dia. Pelukan tu ibarat penghilang duka yang paling mujarab.

Janji dan tindak lanjut. - Selepas isteri dah sejuk hati, pastikan korang tunaikan apa yang korang janji. Kalau korang kata nak lebihkan masa dengan dia, pastikan korang betul-betul lakukan. Jangan ulangi kesilapan yang sama.

Merajuk tu normal dalam perkahwinan, tapi bagaimana korang menanganinya yang akan menentukan hubungan yang lebih kuat dan bahagia. Selamat mencuba! 

2 comments:

  1. Haha... Sy kalau merajuk pandai cool down sendiri... Sbb suami pun ikut merajuk sekali... Tp silent communication mmg slalu jadi kalau merajuk... Yg penting still jalankan peranan sebagai isteri... Biasanya solat bersama dapat tenangkan hati yg merajuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, merajuk sebenarnya nak bagi hati cool je. kalau boleh janganlah melarat larat sampai tak bertegur sapa kan?

      Delete