Body shaming atau mempersendakan bentuk badan seseorang adalah bukanlah isu lama. Ia bukan saja menyebabkan bebanan emosi pada mangsa, malah boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan rendah diri. Jadi, mari kita sama-sama elakkan body shaming dan bina masyarakat yang lebih penyayang dan empati.
Kadang-kala, tanpa kita sedar kita cenderung untuk menilai seseorang itu based pada penampilan fizikal mereka. Mungkin sebab ini dah jadi norma dalam masyarakat yang telah lama tertanam dalam diri kononnya badan yang kurus itu cantik, yang berisi itu tak. Namun, kita lupa bahawa setiap individu diciptakan unik dan takde standard yang sepatutnya mengukur nilai seseorang.
Selain itu, media sosial memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan imej badan "sempurna". Ramai yang terikut-ikut dengan trend ini dan akhirnya menjadikan ia norma untuk mengkritik fizikal seseorang.
Bagaimana body shaming berlaku?
Body shaming boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin kelihatan seperti gurauan biasa, tapi kesannya sangat mendalam. Berikut beberapa contoh:
1. Komen tentang berat badan. – "Kenapa kau makin gemuk sekarang?"
2. Menyindir bentuk badan. – "Kau terlalu kurus, macam tiang!"
3. Membandingkan dengan orang lain. – "Kau patut jadi macam si A, cantik dan fit."
Semua ini adalah bentuk body shaming yang perlu dihentikan. Setiap perkataan yang kita ucapkan mempunyai kesan, jadi kita perlu lebih berhati-hati.
Kesan negatif body shaming.
Body shaming bukan perkara kecil. Ia boleh mendatangkan kesan yang besar dan teruk dalam hidup seseorang, terutamanya dari segi mental dan emosi. Antara kesan negatifnya termasuk:
1. Rendah diri – Mereka yang sering menjadi mangsa body shaming akan mula meragui nilai diri mereka. Mereka berasa tak cukup baik dan ini boleh menjejaskan keyakinan diri.
2. Kemurungan dan anxiety – Kecaman fizikal yang berterusan boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau. Ini boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang.
3. Masalah pemakanan – Ada yang mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tak sihat, contohnya makan terlalu sedikit (anoreksia) atau makan berlebihan (binge eating), sebagai reaksi kepada body shaming.
Antara langkah-langkah mengelakkan body shaming;
1. Bersikap empati. - Cuba letakkan diri korang di tempat orang lain sebelum memberikan sebarang komen. Adakah korang akan rasa gembira kalau seseorang mengkritik fizikal korang? Kalau tak, kenapa nak buat perkara yang sama pada orang lain?
2. Berikan pujian yang tulus. - Daripada fokus pada kelemahan fizikal seseorang, kenapa tak memberikan pujian yang ikhlas? Katakan sesuatu yang baik seperti "Awak nampak hebat hari ini!" Pujian kecil ini mampu meningkatkan keyakinan seseorang dan mencipta suasana yang positif.
3. Didik diri sendiri tentang body positivity. -Belajar menerima dan mencintai tubuh kita sendiri dan orang lain. Fahami bahawa kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kita tak perlu mengikuti standard kecantikan yang ditetapkan oleh masyarakat atau media sosial.
4. Tegur dengan berhemah. - Kalau kita melihat seseorang melakukan body shaming, cuba tegur mereka dengan cara yang baik. Jangan beremosi, sebaliknya beri mereka kesedaran tentang kesan negatif body shaming.
5. Jangan bandingkan. - Elak membandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Kita tak perlu jadi seperti orang lain untuk dihargai.
Body shaming adalah amalan yang merugikan diri dan orang lain. Sebagai masyarakat yang matang, kita harus mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira penampilan fizikal.
Daripada mencipta luka melalui kata-kata, lebih baik kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang. Dunia akan jadi tempat yang lebih baik jika kita semua berhenti mempersendakan fizikal orang lain dan fokus kepada nilai sebenar manusia iaitu kebaikan hati dan budi.
Jadi, lepas ni, sebelum nak komen tentang fizikal seseorang, fikir dua kali! Waallahualam.
0 Comments