'santai tapi sampai'

Kita semua tahu betapa pentingnya menjaga kulit kita, tapi adakah korang tahu betapa pentingnya moisturizer ? Ini bukan hanya tentang membua...

Kebaikan memakai moisturizer: Lebih dari sekadar kulit lembut.

Kita semua tahu betapa pentingnya menjaga kulit kita, tapi adakah korang tahu betapa pentingnya moisturizer? Ini bukan hanya tentang membuat kulit korang jadi lebih halus daripada kain sutera, tapi juga tentang melindungi daripada pelbagai masalah kulit yang boleh menyebabkan ketidak selesaan. Berikut merupakan manfaat memakai moisturizer.

Kebaikan memakai moisturizer: Lebih dari sekadar kulit lembut.

1. Mengelakkan kulit kering.

Katakanlah "selamat tinggal" kepada kulit kering dan bersisik! Moisturizer berfungsi seperti "minyak pelincir" untuk kulit korang. Tanpa minyak pelincir ini, kulit boleh jadi sekeras biskut yang sudah terlalu lama di dalam oven. Tak ada siapa yang mahu kulit yang seakan-akan boleh digunakan sebagai kertas pasir, kan? Betul tak?

2. Mengurangkan penampilan garis halus.

Tua itu pasti, tapi penuaan tak semestinya perlu kelihatan seperti peta dunia yang sudah pudar. Moisturizer membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan dengan memberikan kulit kelembapan yang diperlukan. Ia tak boleh menghentikan jam, tapi sekurang-kurangnya ia boleh membuatkan korang kelihatan sedikit lebih muda daripada usia sebenar!

3. Melindungi kulit daripada kesan pencemaran persekitaran.

Kita hidup di dunia yang penuh dengan pencemaran dan UV yang berbahaya. Moisturizer bertindak sebagai perisai pelindung yang menghalang kerosakan yang boleh disebabkan oleh elemen-elemen ini. Fikirkan ia seperti memakai sut perisai daripada logam tapi versi yang lebih ringan dan tak mengganggu pergerakan. Haha.

4. Meningkatkan kecerahan kulit.

Kulit yang terhidrasi akan kelihatan lebih berseri. Ia sama seperti bagaimana bunga kelihatan lebih cantik selepas disiram. Jadi, dengan menggunakan moisturizer secara rutin, korang akan merasa seperti bintang filem yang bersinar dalam cahaya matahari atau paling tak pun bintang yang bersinar di depan cermin korang sendiri. Gitu!

5. Menenangkan kulit sensitif.

Kalau kulit korang lebih sensitif daripada hati seorang yang dalam hati ada taman, moisturizer boleh bantu menenangkannya. Ia mengurangkan kemerahan dan kerengsaan, manjadikan kulit korang rasa nyaman. Bayangkan ia sebagai pelukan lembut bagi kulit korang, tanpa kekusutan dan tanpa sebarang drama.

Jadi, kalau korang nakkan kulit yang sihat dan glowing, jangan lupa untuk menggunakan moisturizer. Lagipun, ia bukan hanya tentang menjaga penampilan, tapi juga tentang merasa hebat di dalam dan luar!

2 comments:

  1. Tak boleh skip moisturizer ni memang kerap kena apply.

    Btw Cie ada buat GA jemput la join ye ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Terima kasih cie atas jemputannya. dah lama tak join GA sebetulnya. hihi

      Delete