Apa itu vertigo?

Vertigo adalah sensasi pusing atau rasa sekeliling berputar yang tak wajar. Ia berbeza dengan pening biasa ye. Vertigo ini selalu diikuti dengan rasa seperti dunia sekeliling bergerak atau berpusing. Ini boleh menyebabkan gangguan keseimbangan dan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian.

Punca vertigo.

Vertigo boleh disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk:

1. Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) - Ini adalah punca vertigo yang paling biasa dan berlaku apabila kristal kalsium di dalam telinga dalaman menjadi tak teratur dan mengganggu fungsi keseimbangan.
  
2. Meniere’s Disease - Penyakit ini melibatkan penumpukan cecair di telinga dalaman yang boleh menyebabkan vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi berdengung di telinga.

3. Vestibular Neuritis - Ini adalah radang pada saraf vestibular yang membantu mengawal keseimbangan. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

4. Migrain Vestibular - Ada sesetengah orang mengalami vertigo sebagai sebahagian daripada migrain, walaupun tanpa sakit kepala yang teruk.

Apa itu vertigo?
Apa itu vertigo? Kredit image to Google. 

Gejala vertigo.

Gejala vertigo boleh termasuk:

- Rasa dunia sekeliling berputar atau bergerak.
- Ketidakstabilan atau sukar untuk berdiri.
- Mual atau muntah.
- Tinnitus (bunyi berdengung) di telinga.

Rawatan vertigo.

Rawatan untuk vertigo bergantung kepada punca yang menyebabkan ia berlaku, iaitu:

- Latihan Maneuver : Untuk BPPV, maneuvers seperti Epley Maneuver boleh membantu memindahkan kristal kalsium ke lokasi yang betul di dalam telinga.
- Ubat-ubatan : Ubat anti-vertigo atau ubat untuk mengurangkan loya mungkin digunakan.
- Terapi Fizikal : Terapi vestibular boleh membantu dalam memulihkan keseimbangan.

Sekiranya korang mengalami vertigo yang kerap atau teruk, eloklah berjumpa dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan yang betul. Moga bermanfaat. 

1 comment:

  1. Macam tak pernah alami gejala vertigo ni.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.