Taubat: Jangan bertangguh, selagi pintu masih terbuka!

Dalam hidup ini, kita semua tak lari daripada melakukan dosa dan kesilapan, sama ada secara sedar atau tak. Namun, Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya yang ingin kembali kepadaNya. Janganlah kita bertangguh dalam bertaubat kerana kita tak tahu bila nyawa akan diambil.

Untuk pengetahuan korang, taubat adalah satu proses pembersihan jiwa dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan. Ia bukan sekadar memohon ampun, tapi juga berazam untuk tak mengulangi dosa yang sama. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Zumar, ayat 53:

"Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini menunjukkan betapa besarnya rahmat Allah SWT kepada hamba-lNya yang ikhlas bertaubat.

Taubat: Jangan bertangguh, selagi pintu masih terbuka!

Jangan Bertangguh!

Kehidupan ini penuh dengan ketakpastian. Tiap detik yang berlalu membawa kita lebih dekat kepada kematian. Oleh itu, bertaubatlah segera tanpa bertangguh. Mengingati kematian bukanlah untuk menakut-nakutkan, tapi untuk menyedarkan kita bahawa masa untuk memperbaiki diri adalah terhad.

Tanda bahawa taubat kita diterima adalah bila kita merasakan perubahan dalam diri. Kita jadi lebih dekat dengan Allah, lebih takut untuk mengulangi dosa dan berusaha untuk meningkatkan amal ibadah. Meskipun begitu, kita harus sentiasa memohon kepada Allah agar taubat kita diterima dan dosa-dosa kita diampunkan.

Jangan terlalu lama terperangkap dengan dosa semalam sebab pintu taubat masih terbuka luas. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu peluang taubat ada. Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa. Aamiin.

2 comments:

  1. Terimakasih sharing nya kak. Perlu sangat baca hal2 seperti ini sesering mungkin. Untuk bantu reminder juga. Jangan sampai kita meninggal dlm keadaan berbuat dosa ๐Ÿ˜”

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga kita semua sentiasa diberi kesempatan untuk memohon ampun kepadaNya

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews