Resepi udang sambal cili hijau paling senang.

Sesekali okey jugak tukar-tukar menu. Kadang asyik ikan ayam je, jemu jugak. Bukan tak bersyukur, cuma tukar selera je. Kebetulan cikla pergi ke tempat orang jual ikan kat area rumah cikla ni, terjumpa pulak udang murah sepinggan RM10. Saiz boleh tahan la. So, cikla angkat 3 pinggan. Jadilah. 

Fikir punya fikir, masak sambal je la. Budak-budak rumah ni kalau masak menu yang pelik sikit, tak makan. Masak sambal je la laku. Tapi kali ni nak masak sambal hijau. 

Mungkin korang ada resepi korang sendiri kan, ini ikut cara cikla. Dalam memasak ni tak yang betul takde yang salah. Kita yang buat dia kan. Haha. Jom kita tengok macam mana nak masak. 

Resepi udang sambal cili hijau paling senang.
Resepi udang sambal cili hijau paling senang.

Bahan-bahan;

Udang sederhana besar.
Cili hijau/cili api (segenggam). Kalau suka pedas, lebihkan. 
Cili merah (sebiji).
Bawang merah. 
Bawang putih.
Sedikit halia.
Sedikit sos cili.
Garam, perasa, gula, serbuk kunyit.
Minyak. 
Serai (diketuk) dan sedikit daun kari (optional, takde pun takpe). 

Cara nak masak;

1. Siang udang dan cuci sebersihnya. Ikut korang kalau nak buan kepala je ke, kulit tak nak buang okey je. Kalau cikla memang buang semua. Senang nak makan. Haha. Pastu, perap udang tadi dengan garaam dan kunyit. Ketepikan.

2. Blend cili hijau/cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. 

3. Panaskan minyak dan goreng udang tadi separuh masak. Kemudian, angkat dan ketepikan. 

4. Luakkan sedikit minyak gorengan udang tadi, kemudian masukkan serai, daun kari dan bahan blend tadi. Tumis sampai naik bau dan garing. Kalau nampak kering, tambah air sikit sikit. 

5. Masukkan sos cili dan udang dan minyak gorengan udang tadi (kalau ada). Gaul gaul biar serai. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. Gaul gaul kejap dan bolehlah dihidangkan. 

Resepi udang sambal cili hijau paling senang.
Resepi udang sambal cili hijau paling senang.

Resepi udang sambal cili hijau paling senang.
Resepi udang sambal cili hijau paling senang.

Senang je kan? Okeylah, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews