Jalan rezeki itu luas, namun usaha kunci segalanya.

Dalam hidup ini, kita selalu dengar ungkapan “rezeki ada di mana-mana.” Betullah, rezeki itu memang luas, namun hakikatnya tak semudah yang disangka. Bukan hanya sekadar duduk goyang kaki menunggu, tapi usaha yang berterusan adalah kunci kepada segala pintu rezeki. 

Bak kata pepatah, “kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Kan?

Kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan harmoni,  jiwa yang tenang, malah ilmu yang bermanfaat juga adalah sebahagian dari rezeki. Tak kira dalam bentuk apa pun, rezeki itu adalah kurniaan dari Allah, tapi ia perlukan usaha dari pihak kita untuk mendapatkannya.

Jalan rezeki itu luas, namun usaha kunci segalanya.

Bila bercerita pasal usaha ni pulak, ia bukan sekadar niat ataupun angan-angan kosong. Usaha perlukan tindakan nyata, komitmen dan ketekunan.

Contoh, kalau seseorang nak berjaya dalam bisnes, dia kena merancang dengan baik, berusaha keras dan konsisten dalam usahanya. Bukan hanya try sekali, pastu giveup bila datang cabaran.

Walaupun usaha adalah kunci, kita juga kena ingat bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah. So, setelah berusaha dengan gigih, jangan lupa untuk bertawakal dan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin. Dengan doa, kita memohon kepada Allah agar usaha kita diberkati dan dipermudahkan.

Jangan takut untuk mencuba, jangan cepat berputus asa dan sentiasa yakin dengan usaha yang dilakukan. Dengan usaha yang gigih, tawakal kepada Allah dan doa yang ikhlas, insyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas buat kita.

Moga korang terus bersemangat dalam mencari rezeki yang diberkati. Teruskan usaha sebab rezeki tak pernah mengecewakan jika kita berusaha.

Wallahuallam.

2 comments:

  1. Rezeki Allah dah tetapkan cuma perlu usaha dan berdoa... Semoga kita semua diberikan keberkatan rezeki, umur dan kesihatan...Aamiin

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews