Orang Malaysia dan ketagihan gula: Kenapa kita terlalu sukakan yang manis?

Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sememangnya mempunyai tabiat yang suka kepada makanan manis. Dari teh tarik, kuih muih hingga ke pencuci mulut yang beraneka jenis, gula seolah-olah menjadi rakan setia di setiap hidangan. Tapi, pernahkah kita terfikir, mengapa kita begitu sukakan gula dan apa kesannya kepada kesihatan kita?

Orang Malaysia dan ketagihan gula: Kenapa kita terlalu sukakan yang manis?

Kenapa kita suka gula?

1. Budaya makanan: Sejak kecil lagi, kita telah didedahkan dengan makanan manis. Kuih-muih tradisional seperti onde-onde, kuih lapis dan seri muka semuanya berasaskan gula. Ditambah pula dengan minuman manis seperti teh tarik dan Milo ais yang seakan-akan menjadi sebahagian daripada identiti makanan kita.

2. Gula meningkatkan mood: Ada kajian menunjukkan bahawa gula boleh merangsang otak untuk mengeluarkan dopamin, iaitu sejenis bahan kimia yang membuatkan kita rasa gembira. Tak hairanlah bila kita stress atau penat, kita sering mencari makanan manis untuk 'mengubati' diri. Betul tak? 

3. Taktik pemasaran: Banyak produk makanan yang dipasarkan sebagai “kurang gula” atau “bebas gula” sebenarnya masih mengandungi gula tersembunyi. Ini menyebabkan kita terus mengambil gula tanpa kita sedar.

Kesan terlalu banyak gula.

1. Obesiti:  Salah satu kesan utama pengambilan gula yang berlebihan ialah kenaikan berat badan. Obesiti pulak membawa kepada pelbagai penyakit kronik contohnya diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
2. Diabetes types 2: Malaysia mencatatkan kadar diabetes yang tinggi dan salah satu penyumbang utama ialah pengambilan gula yang berlebihan. Bila kita mengambil terlalu banyak gula, pankreas terpaksa bekerja keras untuk mengeluarkan insulin dan lama-kelamaan, ia menjadi tak efektif.
3. Kerosakan gigi: Gula yang tinggal di dalam mulut kita akan menjadi makanan kepada bakteria, seterusnya menghasilkan asid. Asid inilah yang akan merosakkan lapisan enamel gigi dan sekaligus menyebabkan kerosakan gigi.

Macam mana nak kurangkan gula?

1. Kurangkan minuman manis: Mulakan dengan mengurangkan jumlah gula dalam minuman harian. Kalau sebelum ni biasa ambil teh tarik dengan 2 sudu gula, cuba kurangkan kepada 1 sudu. Lambat laun, lidah kita akan terbiasa dengan rasa yang kurang manis.
2. Baca label: Banyak makanan dan minuman yang kita sangka “sihat” sebenarnya mengandungi gula tersembunyi. Baca label dengan teliti, terutamanya untuk produk yang dipasarkan sebagai “rendah lemak” atau “sihat”.
3. Gantikan dengan buah-buahan: Kalau kita teringin sesuatu yang manis, cuba gantikan dengan buah-buahan fresh. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi yang lebih sihat dan juga serat yang baik untuk penghadaman.
4. Kurangkan gula dalam masakan: Bila memasak di rumah, cuba kurangkan gula dalam masakan. Contoh, kalau korang buat kek atau kuih, cuba kurangkan gula sebanyak 25% dari jumlah asal.
5. Cari alternatif: Kalau susah sangat nak meninggalkan gula sepenuhnya, cuba gantikan dengan alternatif yang lebih sihat seperti madu asli atau stevia. Tapi, ingatlah bahawa walaupun madu lebih sihat, ia masih mengandungi kalori, so bersederhanalah.

Orang Malaysia dan ketagihan gula: Kenapa kita terlalu sukakan yang manis?
Orang Malaysia dan ketagihan gula: Kenapa kita terlalu sukakan yang manis? Kredit image to Google. 

Memang susah untuk menghindari tabiat suka gula, lebih-lebih lagi sebab ia dah sebati dengan budaya kita. Namun, dengan kesedaran dan usaha yang berterusan, kita boleh mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan yang lebih baik. Lagipun, lebih baik mencegah daripada mengubati, kan?

Jadi, jom mula kurangkan gula dari sekarang. Tapi jangan risau, hidup kita masih boleh manis walaupun tanpa gula! Tuuu, dengan senyuman korang yang manissss.

2 comments:

Powered by Blogger.