Jom kita sama-sama baca tazkirah ringkas ni. Semoga dari dapat meninggal kan sedikit kesan dan rasa insaf dalam diri kita yang sering melakukan dosa ini. InshaAllah!
Gambar di ubah suai dari carian Google. |
Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan. Di umur remaja, kamu miliki masa dan tenaga tapi kamu tidak mempunyai harta.
Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga tapi kamu tidak mempunyai masa. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa tapi kamu tidak mempunyai tenaga. Inilah namanya kehidupan.
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, tapi akan di ambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita.
Tapi, orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Ini semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah:
Qanaah, iaitu merasa cukup!
Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi Allah, perhatikanlah kedudukan Allah dalam hati kita. Yang hidup di kampung akan merasa nak ke bandar.
Manakala, yang duduk di bandar pula ingin pulang ke kampung.
Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau. Tapi, bila musim kemarau pula kita tanya bila la hujan nak turun. Bila duduk di rumah, kita rasa nak keluar.
Tapi, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai. Tapi, bila ramai orang pula jadi serabut perut, kita merasa nak kepada kesunyian.
Ketika bujang mengeluh bila nak nikah. Tapi, bila dah nikah, sibuk pula nak nikah satu lagi. Ehemmm emmm.
Setelah berkeluarga, mengeluh belum dapat anak. Tapi, bila dah ada anak, mengeluh pula mengenai perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bila telah dimiliki lain pula ceritanya.
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini. Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar.
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun.
Begitu juga bila hati di tutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk.
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku. Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki.
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki.
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki. Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara.
Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah.
Kredit WhatsApp Grup.
Ok tang fasa berkeja tu memang betul betul kena atas batang hidung. Masa tu rasa tak cukup cukup walaupun dah korbankan banyak masa tidue huu~
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteSentiasa bsyukurlah kita dgn apa yg dimiliki..
ReplyDeleteAdat manusia, sentiasa mengejar yang belum dimiliki
ReplyDeletesehingga lupa untuk bersyukur di atas apa yang telah dimiliki
da lama tak baca tazkirah
ReplyDeleteAlhamdulillah sentiasa bersyukur dgn apa yang ada skrg..
ReplyDeletesgt bermanfaat, cikla.
ReplyDeletetq.
mohon kongsi
ReplyDeleteboleh. silakan
Deleteaminn ya robbal alamein., salam ramadhan 2023
ReplyDelete