22 September 2024

Apa yang ibu perlu makan semasa menyusukan bayi?

Breastfeeding bermaksud "penyusuan susu ibu." Ia merujuk kepada proses memberi bayi minum susu secara terus daripada payudara ibu. Jadi, pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting semasa menyusukan bayi sebab apa yang ibu makan akan memberi kesan kepada kualiti susu ibu.

Tips untuk ibu yang menyusukan anak;

1. Pastikan ibu mengambil sumber protein yang baik seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Protein membantu membina dan membaiki tisu badan serta memastikan susu ibu berkualiti tinggi.

2. Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kangkung kaya dengan zat besi, kalsium dan vitamin C. Buah-buahan seperti oren, epal, dan pisang pulak memberi ibu serat, vitamin dan tenaga tambahan. 

3. Bijirin penuh seperti nasi perang, oat dan roti gandum penuh memberikan karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga berterusan. Ibu akan memerlukan tenaga tambahan untuk menguruskan bayi yang baru lahir!

4. Kalsium penting untuk kesihatan tulang ibu dan bayi. Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang baik. Kalau ibu tak mengambil tenusu, makanan seperti tofu, kacang almond dan sayur-sayuran berdaun hijau juga boleh menjadi pilihan gantian.

5. Lemak sihat seperti yang terdapat dalam ikan berlemak (salmon dan sardin), kacang dan minyak zaitun penting untuk perkembangan otak bayi. Lemak ini juga membantu dalam pengeluaran susu.

6. Sentiasa pastikan ibu meminum air secukupnya. Ibu mungkin memerlukan lebih banyak air daripada biasa kerana penyusuan boleh menyebabkan ibu cepat dehidrasi. Jus buah-buahan segar dan sup juga boleh membantu menambah cecair dalam badan.

Apa yang ibu perlu makan semasa menyusukan bayi?

Makanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan.

1. Mengambil terlalu banyak kafein boleh menyebabkan bayi menjadi gelisah dan susah tidur. So, hadkan pengambilan kopi, teh dan minuman berkarbonat.

2. Makanan yang terlalu pedas atau berbau kuat mungkin boleh mempengaruhi rasa susu dan membuat bayi tak selesa. Perhatikan reaksi bayi kalau ibu memakan makanan seperti ini.

3. Beberapa jenis ikan seperti ikan todak, ikan yu dan tuna besar mengandungi merkuri yang boleh memudaratkan perkembangan otak bayi. Pilih ikan yang lebih rendah merkuri seperti salmon atau ikan bilis.

4. Elakkan alkohol semasa menyusukan bayi kerana ia boleh masuk ke dalam susu dan memberi kesan kepada bayi.

Extra tips!

- Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Menyusukan bayi membakar kalori, jadi pastikan ibu makan dengan kerap untuk mengekalkan tenaga.
  
- Multivitamin. Pertimbangkan untuk mengambil multivitamin yang sesuai untuk ibu menyusu kalau ibu risau tak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

- Perhatikan bayi. Setiap bayi berbeza. Perhatikan reaksi bayi  terhadap makanan tertentu. Kalau bayi nampak macam tak selesa lepas ibu makan sesuatu, cuba elakkan makanan tersebut.

Semoga panduan ini membantu ibu menjaga kesihatan sambil menyusukan bayi. Ingat, kesihatan ibu jugak sama penting dengan kesihatan bayi! Jadi, jangan lupa untuk menjaga diri juga ya!  Happy breastfeeding!

No comments:

Post a Comment