PMS: Bila 'auntie' datang melawat, bersama drama! Aduhhh!

PMS atau Pre-Menstrual Syndrome ini macam 'trailer' untuk drama bersiri yang bakal tiba setiap bulan. Kadang-kadang, kita tak sabar tunggu 'episod' penuh, tapi kadang-kadang kita rasa macam nak skip terus! Kalau korang pernah mengalami gejala PMS, korang pasti faham bagaimana perasaan bercampur baur ini boleh menggangu hidup.

PMS: Bila 'auntie' datang melawat, bersama drama! Aduhhh!
PMS: Bila 'auntie' datang melawat, bersama drama! Aduhhh! Kredit image to Google.

Bab 1: Emosi bak roller coaster.

Hari ini rasa macam nak menangis tengok kucing comel kat Instagram, esoknya pula tiba-tiba marah bila kerusi kena tarik sikit. Ini semua kerana hormon yang bergegar dalam badan. Kalau suami atau kawan baik nampak anda macam tengah main 'drama', mereka mungkin tak faham – tapi hey, ini semua disebabkan 'auntie' yang datang melawat!

Bab 2: Sakit perut dan kembung, siapa yang jemput ni?

Perut tiba-tiba jadi kembung macam kena tiup angin. Rasa tak selesa, macam baju semua ketat. Ini belum masuk lagi cerita sakit pinggang dan perut. Kalau boleh, rasa nak balut perut dengan bantal dan tidur sampai PMS habis! Tapi, hidup kena diteruskan. Walaupun dengan bantal kat perut! Huhu.

Bab 3: Nafsu makan? Macam terlepas ke bazaar Ramadan!

Masa PMS, nafsu makan memang susah dikawal. Aiskrim? Mesti! Coklat? Dua! Kalau ikutkan hati, semua makanan kat rumah boleh habis. Tapi ingat, makan dengan berpada-pada, ya? Tak nak nanti lepas habis PMS, korang pula yang rasa serba salah dengan jarum penimbang.

Bab 4: Penyelesaian ringkas: Jadi penyabar atau pura-pura sabarlah pun boleh. Hehe.

Walaupun PMS boleh buat korang rasa macam dalam zon perang, ada cara untuk mengurangkannya. Minum air banyak, makan makanan seimbang dan cuba senaman ringan. Kadang-kadang, sekadar duduk sambil tengok TV dengan air panas pun boleh buat rasa lega sikit. Try la petua-petua banyak je yang boleh bagi kurangkan ketakselesaan tu.

PMS: Bila 'auntie' datang melawat, bersama drama! Aduhhh!
PMS: Bila 'auntie' datang melawat, bersama drama! Aduhhh! Kredit image to Google.

Jadi, bila korang rasa diserang PMS, ingatlah yang korang bukan seorang. Ramai wanita di luar sana juga melalui perkara yang sama. Anggaplah ini sebagai satu 'latihan mental' bulanan. Bila drama ini berakhir, korang akan kembali jadi heroin yang gagah dan bersemangat! Chaiyokkk!

1 comment:

  1. SA ni dah 2 bulan dah period xde..haywire sudah...ntah bila la period nak muncul semula..nak kata mengandung dah check xde...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.