Memilih bingkai cermin mata yang sesuai boleh jadi satu tugas yang mencabar, terutama sekali bila terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu korang membuat pilihan yang terbaik.
1. Kenali bentuk wajah.
Langkah pertama dalam memilih bingkai cermin mata yang sesuai adalah mengenali bentuk wajah. Terdapat beberapa bentuk wajah yang biasa seperti:
- Wajah bulat: Wajah yang lebih lebar di pipi dan kurang sudut. Bingkai segi empat atau berbentuk kotak sesuai untuk wajah ini kerana ia menambah struktur dan sudut pada wajah.
- Wajah oval: Wajah yang seimbang dan simetri. Kebanyakan bingkai akan sesuai dengan bentuk wajah ini, tapi bingkai berbentuk segi empat atau oval biasanya kelihatan paling menarik.
- Wajah segi empat: Wajah yang mempunyai rahang dan dahi yang kuat dan lebar. Bingkai bulat atau oval akan melembutkan sudut-sudut wajah ini.
- Wajah hati: Wajah yang lebar di bahagian dahi dan sempit di bahagian dagu. Bingkai yang lebih lebar di bahagian atas dan nipis di bahagian bawah (seperti cat-eye) akan mengimbangi bentuk wajah ini.
2. Pilih warna yang sesuai.
Warna bingkai juga memainkan peranan penting dalam penampilan korang. Pertimbang warna kulit, warna rambut, dan warna mata korang.
- Kulit cerah: Warna bingkai yang lembut seperti coklat muda, merah jambu atau biru lembut sesuai.
-Kulit gelap: Warna-warna terang dan kontras seperti hitam, biru gelap atau merah boleh menyerlahkan penampilan korang.
- Kulit sawo matang: Warna tanah seperti coklat gelap, hijau atau burgundy akan sesuai.
3. Keselesaan is the key!
Tak kira seberapa cantik bingkai tersebut, kalau ia tak selesa dipakai, korang mungkin tak akan kerap memakainya. Pastikan bingkai tak terlalu ketat di hidung atau telinga dan pilih bahan yang tak menyebabkan iritasi kulit.
4. Sesuaikan dengan gaya hidup korang.
Kalau korang sejenis yang aktif dalam aktiviti luar atau sukan, pilih bingkai yang tahan lasak dan ringan. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, bingkai yang bergaya dan profesional mungkin lebih sesuai.
5. Jangan takut bereksperimen.
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau korang biasanya pakai bingkai yang sederhana, cubalah sesuatu yang lebih berani atau warna yang lebih menonjol. Korang mungkin terkejut dengan betapa baiknya ia kelihatan!
Moga bermanfaat.
Nasiblah wak tak pakai cermin mata.
ReplyDelete