'santai tapi sampai'

Pernah tak korang rasa macam nak try diet ala-ala ‘ekspres’ untuk capai berat badan yang korang impinkan? Bayangkan macam ni, korang nekad ...

Kenapa diet ekstrem bukan jawapan kepada nak kurus cepat?

Pernah tak korang rasa macam nak try diet ala-ala ‘ekspres’ untuk capai berat badan yang korang impinkan? Bayangkan macam ni, korang nekad potong kalori, buang semua makanan kegemaran dan hasilnya, wow, turun berat! But, wait the minute! Hasilnya kadang-kadang tak macam yang kita sangka.

Pertama sekali, bila kita kurangkan makanan mendadak, badan kita jadi blur. Awal-awal, iyelah memang terasa ringan dan lebih slim. Tapi lama-lama, korang mungkin mula rasa tak bermaya, mudah mengamuk dan yang paling kronik, bila nampak sepotong kek pun dah rasa macam "ni rezeki terakhir aku, biar aku kunyah slow-slow!" Haha.

Selain jadi tak selera dan serba tak kena, diet macam ni juga buat badan kita kekurangan nutrisi. Rambut rapuh, kulit kusam, sistem imun merajuk. Semua ni tanda-tanda badan kita ‘mogok’ sebab tak cukup makan. Paling sadis, berat yang hilang cepat ni mungkin kembali, siap ada bonus lagi! Huhu  Fenomena ni orang panggil "yo-yo dieting". Sekali naik, sekali turun, berulang-ulanglah macam yoyolah.

Kenapa diet ekstrem bukan jawapan kepada nak kurus cepat?



Dan jangan lupa kesan psikologi jugak. Bila kita larang diri dari makan makanan favorite kita, minda kita pun ‘terusik’. Kadang-kadang, kita jadi terlalu stress dan rasa bersalah nak makan. Tak seronok kan kalau hidup cam gini? Lebih baik makan sepotong pizza sesekali, hirup aiskrim sambil senyum dan ingat, hidup terlalu singkat untuk diet menyeksakan! Bukan korang nak makan berpinggan pinggan pizza tu. Betul tak?

Jadi, daripada pilih jalan singkat yang menyakitkan, apa kata kita nikmati ‘journey’ ni? Makan makanan yang berkhasiat, bersenam ikut keselesaan dan bagi masa badan korang untuk sesuaikan 'diri'. Percayalah, hasilnya akan lebih kekal, korang pun akan rasa lebih gembira, bukan setakat kurus tapi bahagia.

So, diet secara drastik tu mungkin nampak ‘glamour’ di permukaan, tapi ia macam 'perangkap' jangka panjang. Kita boleh kuruskan badan, tapi jangan sampai ‘kurus’ jiwa. Kesihatan ni aset tak ternilai, jadi jagalah ia dengan cara yang bijak dan santai. Gitu!.

0 comments: