'santai tapi sampai'

Dulu, blog adalah tempat di mana kita menulis, berkongsi cerita atau sekadar meluahkan pendapat. Tapi, sekarang dengan kewujudan pelbagai me...

Relevankah penulisan blog pada zaman kini?

Dulu, blog adalah tempat di mana kita menulis, berkongsi cerita atau sekadar meluahkan pendapat. Tapi, sekarang dengan kewujudan pelbagai media sosial yang lebih menarik seperti TikTok yang penuh dengan video viral dan Instagram yang lebih fokus kepada gambar cantik, ramai yang tertanya-tanya: "Adakah blog masih relevan?" Jawapannya, YA, asalkan kita tahu cara nak gunakan dengan bijak!

Relevankah penulisan blog pada zaman kini?

Mungkin kita nampak orang lebih sibuk dengan media sosial sekarang ni. Cepat je update nak status, post gambar atau video, tapi sebenarnya blog tetap punya ruang khas dalam dunia digital. Korang cuba bayangkan macam ini. Media sosial lebih kepada berbual cepa, macam dalam perbualan santai. Tapi blog? Itu macam buku cerita yang lebih panjang, penuh dengan maklumat dan lebih detail. Kalau kita nak cerita sesuatu dengan lebih detail dan jelas, blog lah jawabnya!

Walaupun Instagram dan TikTok memberi kita perhatian cepat, tapi blog tetap jadi tempat di mana kita boleh bercerita lebih panjang. Contohnya, kalau kita nak buat review produk, blog memberi kita ruang untuk explain dengan lengkap, bukannya setakat satu gambar dan caption pendek je. Pembaca yang benar-benar minat akan cari artikel yang lebih menyeluruh. Lagi pula, blog ada satu kelebihan besar, iaitu ia tetap relevan dalam enjin carian. Jadi, kalau ada orang cari info tertentu, kemungkinan besar mereka akan jumpa blog kita di Google, kan? Betul tak?

Selain itu, blog masih jadi senjata ampuh dalam dunia perniagaan. Bila kita menulis artikel yang penuh dengan kata kunci (keyword), ia dapat bantu laman web/blog kita muncul di hasil carian. Jadi, blog bukan hanya sekadar tempat nak luah perasaan atau cerita, ia juga platform yang boleh buatkan bisnes kita berkembang! Gitu. 

Tapi korang kena ingat, blog yang relevan adalah yang tahu cara menarik pembaca. Guna gaya penulisan yang santai, penuh dengan info yang berguna dan sesekali diselitkan humor atau lawak. Janganlah serius benor. Orang akan suka baca sesuatu yang mereka rasa dekat dengan mereka.

Relevankah penulisan blog pada zaman kini?

Jadi, walaupun media sosial berkembang pesat, blog tetap penting. Ia tempat kita boleh berbagi lebih banyak maklumat dan cerita panjang, bahkan berhubung dengan orang yang minat dengan apa yang kita tulis. Kalau kita tahu cara dan gaya penulisan yang menarik, blog masih relevan dan boleh kekal hidup dalam dunia digital yang serba pantas ini! Teruskan menulis dan sebarkan manfaat. 

0 comments: