Siapa kata shopping ni buang masa je? Sebenarnya, kalau korang pandai ‘amik kesempatan’ masa shopping, aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan tapi boleh bantu bakar kalori juga! Betul tu, kalau korang peminat shopping tegar, ini mungkin berita terbaik untuk korang! Jom kita baca macam mana shopping boleh bantu capai badan idaman, hihi.
Pertama sekali, bayangkan setiap kali korang shopping, kaki tu asyik bergerak tanpa henti. Dari satu kedai ke satu kedai lain, naik turun tingkat sana sini. Kalau diukur langkah, memang boleh cecah 5,000 hingga 10,000 langkah! Haha. Itu dah kira dekat-dekat jumlah langkah yang disyorkan pakar kesihatan untuk kekal fit. Tak sangka kan, shopping pun boleh sama taraf dengan bersenam?
Belum kira lagi bab angkat beg penuh dengan barang. Mula-mula beli sikit je, tapi lepas dah pusing satu mall, terus beg tu berat macam batu. Jangan pandang remeh ya sebab angkat barang ni sebenarnya sama je macam buat ‘weightlifting’. Sambil jalan, otot-otot korang pun bekerja. Jadi kalau beli banyak barang, anggaplah itu bonus untuk senaman korang hari tu.
Bab fitting room pun jangan tak tahu, ada sumbangan dia dalam kalori terbakar! Setiap kali korang tukar baju, buka dan pakai seluar dan angkat tangan nak pakai baju, sebenarnya ada effort juga di situ. Bukan nak kata penat, tapi ada ‘mini workout’ la juga kan? Paling kurang...
Kalau korang jenis suka buat keputusan bijak, elakkan naik eskalator atau lif. Pilih tangga. Ya, memang buat korang rasa cam tercungap sikit, tapi percayalah, ini cara terbaik untuk tambah ‘cardio’ dalam sesi shopping korang. Tak kisahlah kalau nampak sedikit letih, badan korang akan terima manfaatnya!
Bagi yang suka jalan-jalan besar dalam mall, cuba buat ‘strategi’ untuk berjalan lebih jauh. Kalau boleh, rancang supaya korang terpaksa pusing-pusing dari satu kedai ke satu kedai yang agak jauh. Bila dah penat, cuba jangan terus terkam ke kafe. Sebaliknya, bawa air mineral dan snek yang sihat macam kacang atau buauntuk kekal bertenaga.
Kalau malas beli barang tapi tetap nak jalan-jalan, window shopping pun dah kira ok! Walaupun tak beli apa-apa, badan tetap aktif dan itu pun dah cukup bagus untuk kekalkan stamina. Kalau nak lagi best, cuba jalan di pasar malam atau bazaar. Dua tempat ni memang luas dan sesak sikit, jadi ada cabaran lebih. Cuaca yang panas sikit pun buat kita berpeluh lebih banyak!
Jadi, lepas ni tak payah rasa bersalah kalau selalu shopping! Ambil kesempatan untuk kekal aktif dan fit, sambil enjoy beli barang yang korang suka. Ingat, kunci utama adalah bergerak, jadi selamat shopping sambil kuruskan badan! Yes!!
No comments:
Post a Comment