Resepi bihun goreng kampung yang sedap.

Bihun goreng kampung ni memang senang nak buat dan semestinya sedap. Rahsianya pada ikan bilis tumbuk. Jom tengok bahan dan cara masak.

Resepi bihun goreng kampung yang sedap.
Resepi bihun goreng kampung yang sedap.

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun – direndam hingga lembut dan toskan.
1 biji bawang besar – dihiris.
1 mangkuk sotong atau udang.
1 mangkuk lobak – hiris memanjang.
1 mangkuk kubis.
3 sudu besar cili kisar.
3 sudu besar sos tiram.
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen (kicap lain pun boleh je).
Garam, gula dan serbuk perasa kalau suka. 
Minyak masak.

Bahan tumbuk:

3 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1/2 genggam ikan bilis – direndam.

Bahan hiasan:

Bawang goreng.
Daun sup.
Cili merah.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sampai naik bau. Inilah rahsia yang akan menjadikan sambal bihun goreng  jadi lebih yummy.

2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sampai naik bau. Masukkan pulak cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sampai cili betul-betul masak dan garing.

3. Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sampai sambal terbit minyak.

4. Setelah terbit minyak, masukkan lobak dan sedikit air lagi untuk melembutkan lobak. Agak-agak lobak dah lembut, bolehlah masukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja sebab tak nak sotong overcooked masa ini.

5. Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sampai bihun lembut. Kalau bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

6. Last, masukkan sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Kredit resepi dan gambar :  Pamapedia.

3 comments:

  1. Sedapnya...nanti nak buat la bawak bekal pi keja nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. makan panas-panas pastu goreng telur mata kuning cair2 hihi

      Delete
  2. Bihun kampung ini sering saya beli dulu saat masih di Penang. Sedap memang. Rasa simple saja. Tapi kalo dah jauh begini, macam rindu juga nak rasa lagi ๐Ÿ˜„. Nantilah saya coba resepnya. Beli ikan bilis nya dulu

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews