'Santai Tapi Sampai'

19 October 2024

Resepi ayam percik merecik mudah dibuat.

Siapa yang tak suka dengan ayam percik? Semua suka kot sebab menu tradisional ini sentiasa menjadi kegemaran ramai, terutamanya bila dibakar (tak kiralah dalam oven atau dengan arang) dan disaluti dengan kuah percik yang pekat, lemak manis dan pedas. Uishh, jilat bibir dah ni. Baru baca, belum makan lagi. Haha. 

Sebenarnya, rahsia kesedapan ayam percik ni terletak pada perapan ayam yang mantap dan kuah yang kaya dengan perisa. So, cikla nak share dengan korang resepi ayam percik yang bagi cikla mudah dan yang pastinya membuatkan korang kecur air liur dan tak sabar untuk mencuba! Hehe. Jom tengok bahan-bahanya dulu. Ni untuk 1/2 ekor ayam seperti dalam resepi ye. Kalau korang buat banyak, pandai-pandailah korang ejas bahan dia ye. 

Bahan untuk perapan ayam:

1/2 ekor ayam.
1 biji bawang merah/besar.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 sudu serbuk kunyit.
2 batang serai.
1 sudu jintan manis (blend).
1 sudu ketumbar (blend).
Gula dan garam secukupnya. 

Cara-cara memerap ayam:

1. Blend bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga halus.

2. Gaulkan bahan ble d tadi bersama ayam dan masukkan jugak serbuk kunyit, jintan manis, ketumbar, gula dan garam . Pastikan 'mereka' digaul molek-molek ye. Hihi. 

3. Pastu, perap ayam at least 3 jam untuk memastikan rasa rempah meresap supp sapp suppp ke dalam isi ayam. Baru la umpphh!

4. Selepas perap, bakar ayam sama ada menggunakan oven atau arang untuk mendapatkan aroma yang lebih autentik.

Resepi ayam percik merecik mudah dibuat.
Resepi ayam percik merecik mudah dibuat.

Bahan untuk kuah percik:

1 biji bawang merah/besar 
2 ulas bawang putih 
10 tangkai lada kering (rebus dan blend
1 inci halia.
1/2 sudu serbuk kunyit.
2 batang serai.
1/4 kotak santan.
Gula Melaka (ikut citarasa).
2 sudu sos cili.
Gula, garam & perasa secukupnya.

Cara buat kuah:

1. Blend bawang merah, bawang putih, halia, dan serai hingga halus.

2. Tumis bahan blend sampai naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan cili blend dan serbuk kunyit, tumis hingga lada benar-benar masak.

4. Tambahkan sedikit air untuk mencairkan kuah pastu masukkan santan dan sos cili.

5. Masak sampai mendidih. Tambahkan gula Melaka, garam dan perasa secukupnya mengikut citarasa korang. Tapi, kuah percik biasanya lebih sedap kalau rasanya manis.

Untuk menaikkan lagi keenakan ayam percik, sebaiknya ayam yang dibakar atas arang/oven tu dicelup terus ke dalam kuah percik masa masih panas sebab ia dikatakan akan memberi sentuhan akhir pada ayam sekaligus memastikan setiap gigitan penuh dengan kuah yang lazat dan harum. Hummm, sedapnya. 

Selamat mencuba.  

Kredit resepi dan gambar : Hawa Honey.

3 comments:

  1. Ayam perciiiiiik, my fav lah niiii 😍😍😍😍😍. Pertama kali coba saat di Penang, ada yg jual, bersamaan dengan nasi kerabu.

    Sejak itu saya sukaa sangat. Tx for recipe kak. Nak coba buat 👍

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi try buat sendiri ayam percik nie.. Nampak menarik huhuu.. Thanks utk resepi nya :D

    ReplyDelete
  3. Saya langsung terbayang sedap nyaaaa. Sukaaaa sangat dengan ayam percik nih. Dulu coba pertama di Penang. Ada Bazaar di kampus USM, salah satunya menjual nasi kerabu ayam percik . Dari situ coba, langsung sukaaa 😍😍. Save dulu resepnya, nak coba juga.

    ReplyDelete