14 October 2024

Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam.

Keropok lekor, siapa yang tak suka, kan? Memang tak dapat dinafikan, makanan tradisi dari pantai timur Malaysia ni sangat popular, bukan setakat di negeri asalnya tapi di seluruh negara.

Bagi yang tak tahu, biasanya keropok lekor ni dibuat daripada campuran ikan, tepung sagu, dan sedikit garam. Campuran ni kemudiannya digentel jadi bentuk panjang dan direbus atau digoreng. Ikan yang digunakan pula biasanya ikan parang atau ikan selayang, yang memang terkenal dengan rasa yang segar dan sedap sedap lemak gitu.

Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam.
Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam. 

Keistimewaan keropok lekor ni adalah pada rasanya yang unik, rangup di luar kalau goreng garing, tapi lembut dan kenyal di dalam. Ditambah pula dengan cicahan sos manis pedas yang memang membangkitkan selera. Memang tak cukup kalau makan sebatang, mesti nak tambah lagi!

Keropok lekor ni bukan saja popular sebagai kudapan petang, tapi juga jadi simbol kepada kekayaan budaya kulinari Malaysia. Bila kita makan keropok lekor, kita sebenarnya menikmati sebahagian daripada tradisi dan sejarah negeri-negeri pantai timur, terutamanya Terengganu. 

Ehh, panjang pulak pendahuluannya ye. Cikla sebenarnya nak share pasal KepokKaw. Pertemuan tak disangka nak dijadikan ceritalah. Tergerak nak try, tapi dah rezeki adik yang jual tu sebenarnya. 

Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam.
Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam. 

Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam.
Keropok lekor #KepokKaw rangup diluar lembut di dalam. 

Baru hari ni sempat nak goreng. Memang sedap. Lembut, walau pun dah sejuk. Anak-anak semua suka. Sosnya pun sedap. Recommended. Korang dah pernah try ke?

#kepokkaw 
#recommended

2 comments:

  1. Ini selalu saya cari tiap ke Malaysia. Di Penang dulu ada langganan tempat saya beli keropok Lekor. Tapi kemudian setelah pandemi saya cari, dah tak ada. Untungnya ketemu penjual lain yg juga sedap keropok lekornya.

    Cuma saya masih niat nak ke Terengganu juga, mencoba langsung keropok Lekor dari tempat asalnya ❤️

    ReplyDelete
  2. Keropok lekor kalau nak makan syarta dia satu jer.. kena panas2 lepas dimasak tu hihi.. memang sedap.. dapat pulak yg sos dia padu huhuu..

    ReplyDelete