Kita sentiasa dalam pengawasan Allah.

Ketika kita melakukan sesuatu perbuatan, khususnya perkara yang salah atau kejahatan, lazimnya kita akan melihat ke kiri dan ke kanan, risau kalau-kalau ada orang lain yang nampak perbuatan kita. Ini adalah naluri manusia yang takut dikesan oleh orang lain, takut dihukum atau dikritik. Namun, kita selalu lupa bahawa Allah sentiasa melihat segala apa yang kita lakukan, sama ada ada orang lain yang nampak atau tak.

Keadaan ini mengingatkan kita kepada hakikat bahawa pengawasan Allah itu takde had. Mata manusia mungkin tak sentiasa memerhati, tapi mata Allah tak pernah terlepas dari memantau segala gerak-geri kita. Dalam Quran, Allah berfirman:

"Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Hadid, Ayat 4).

Ayat ini mengingatkan kita bahawa takde satu pun perbuatan yang tersembunyi daripada pengetahuanNya. Perasaan sentiasa diawasi Allah seharusnya menimbulkan rasa malu untuk berbuat dosa, walaupun takde seorang pun manusia di sekeliling.

Kita sentiasa dalam pengawasan Allah.

Dalam hidup ini, kita sering berusaha untuk menjaga imej di mata manusia, tapi yang lebih penting ialah menjaga amal kita di hadapan Allah. Kalau kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa memerhati, kita akan lebih berhati-hati dalam tindakan, kata-kata dan pemikiran kita.

So, daripada sibuk melihat kiri dan kanan, marilah kita mula mengamalkan kesedaran bahawa Allah sentiasa melihat kita. Dengan itu, kita akan lebih terdorong untuk menjauhi perkara yang dilarang dan memperbanyakkan amal kebaikan, bukan sekadar untuk menjaga pandangan manusia, tapi lebih penting untuk meraih reda Allah. Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews