Tomato: Sumber nutrisi utama untuk kesihatan.

Tomato, buah yang sering disalah anggap sebagai sayuran, bukan sahaja sedap dimakan, tapi juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting. Daripada salad, sup sampailah ke sos spaghetti, tomato memang selalu dijadikan bahan utama dalam masakan. Namun, pernah tak korang tau apa yang membuatkan tomato ini begitu spesel dari sudut kesihatan?

Joim baca apakah nutrisi utama yang ada dalam tomato yang boleh bagi manfaat kepada kesihatan kita.

Lycopene – perisai antioksidan.
Lycopene, sejenis antioksidan yang bagi warna merah terang pada tomato dan menjadi elemen utama dalam tomato. Ia bukan sahaja melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat radikal bebas, tapi kajian juga menunjukkan bahawa lycopene boleh bantu kurangkan risiko kanser prostat dan penyakit jantung.

Vitamin C – tingkatkan sistem imun.
Tomato adalah sumber vitamin C yang sangat baik, yang mana ia penting untuk tingkatkan sistem imun dan bantu lindungi badan dari jangkitan. Ia juga berperanan dalam pembentukan kolagen yang membantu dalam kesihatan kulit dan penyembuhan luka.

Potassium – penjaga jantung.
Potassium adalah mineral penting yang terdapat dalam tomato yang membantu kekalkan tekanan darah yang sihat dengan mengimbangi kesan negatif natrium dalam diet. Pengambilan potassium yang mencukupi boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.

Tomato: Sumber nutrisi utama untuk kesihatan.

Serat – lancarkan sistem pencernaan.
Tomato mengandungi serat yang baik untuk sistem pencernaan. Serat membantu lancarkan pergerakan usus, kurangkan sembelit dan tingkatkan kesihatan usus secara keseluruhan. Bonusnya, serat juga bantu kawal paras gula dalam darah!

Vitamin A – mata lebih cerah.
Vitamin A yang terdapat dalam tomato adalah baik untuk kesihatan mata. Ia membantu cegah masalah penglihatan seperti rabun malam dan kekalkan kesihatan kornea. Jadi, selain lobak, tomato juga boleh menjadi ‘suplemen’ semula jadi untuk mata kita!

Folat – untuk kesihatan ibu dan bayi.
Folat, juga dikenali sebagai vitamin B9, sangat penting untuk wanita hamil sebab ia membantu dalam perkembangan janin yang sihat. Tomato mengandungi folat yang mencukupi untuk membantu mengelakkan kecacatan kelahiran pada bayi yang sedang berkembang.

Tomato bukan sahaja menyedapkan hidangan tapi juga menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan. Daripada melindungi jantung sampailah perbaiki sistem pencernaan, buah ini menawarkan pelbagai manfaat. Jadi, apa lagi alasan untuk tak menambah tomato dalam diet harian korang? Nak lebih sihat, makan tomato hari-hari! Gitu, hihi.

2 comments:

Powered by Blogger.