'Santai Tapi Sampai'

17 October 2024

Stres kuasai wanita, namun lelaki lebih tenang. Betul ke?

Stres, stres, stres. Isu ni memang selalu jadi bualan hangat, terutamanya bila ia melibatkan perbezaan antara lelaki dan wanita. Ada orang fikir yang wanita lebih mudah terkesan dengan stres, sementara lelaki nampak lebih cool. Namun, betul ke?

Bila berhadapan dengan  situasi yang menekan, wanita selalu menunjukkan reaksi yang lebih emosional. Mungkin ini disebabkan oleh cara mereka dibesarkan untuk 'mengekspresikan' perasaan. Mungkin ada yang tak tau, dalam budaya kita wanita diajar untuk menjadi lebih peka terhadap emosi dan berkomunikasi tentang apa yang mereka rasakan. 

Stres kuasai wanita, namun lelaki lebih tenang. Betul ke?

Ini boleh jadi kelebihan, sebab mereka tak menyimpan semua rasa stres tu dalam diri. Sebaliknya, mereka mungkin meluahkan perasaan kepada rakan atau keluarga, sehingga mengurangkan beban yang mereka rasakan.

Namun, lelaki sering kali diajar untuk bersikap lebih tak menunjukkan emosi. Mereka mungkin mengambil pendekatan yang lebih rasional dalam menghadapi masalah, tapi kadang-kadang ini boleh menyebabkan mereka menahan stres lebih lama. Tanpa cara yang sihat untuk meluahkan tekanan, lelaki boleh mengalami masalah kesihatan mental tanpa mereka sedar. Itu yang bahayanya tu.

Namun, tak semua lelaki adalah "tenang" dan tak semua wanita "stres." Setiap individu ni unik dan cara kita hadap stres sangat bergantung kepada pengalaman hidup dan cara kita dibesarkan. Ada lelaki yang cenderung menjadi lebih emo dan wanita yang mempunyai kebolehan untuk mengendalikan stres dengan lebih baik. 

Dalam dunia yang semakin cepat dan penuh cabaran ini, penting untuk kita semua mencari cara yang sesuai untuk urus stres. Mungkin berjumpa dengan rakan, bersenam atau cuba cara meditasi can help. Apa pun yang kita pilih, ingatlah bahawa kita semua tak kan terlepas dari mengalami stres dan macam mana cara kita menghadapinya adalah yang bezakan kita. 

So, daripada kita nak compare lelaki dan wanita, it's more better if kita meraikan kepelbagaian dalam cara kita menangani cabaran hidup. Ketenangan dan stres adalah sebahagian daripada pengalaman manusia dan yang penting adalah bagaimana kita saling menyokong dalam perjalanan ini. 

1 comment:

  1. Lelaku lebih streess sebab lelaki ada masalah macam mana pun jarang nak bercerita.

    ReplyDelete