Hikmah di sebalik ujian.

Setiap hal yang datang dalam kehidupan kita tak pernah sia-sia. Salah satunya, ujian. Ujian yang kita hadapi sebenarnya mempunyai maksud yang sangat mendalam dan hikmah yang besar. Ada tiga sebab utama mengapa kita diuji.

Pertama, Allah SWT ingin menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Ujian itu bertindak sebagai kaffarah atau penebus kesilapan, agar kita boleh kembali kepadaNya dengan hati yang lebih bersih dan jiwa yang tenang.

Kedua, ujian adalah peluang untuk kita mendapat pahala. Setiap kesabaran dan usaha kita dalam menghadapi kesulitan akan diganjari oleh Allah. Ia membuka ruang untuk kita meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepadaNya.

Hikmah di sebalik ujian.
Gambar sekadar hiasan. 

Ketiga, Allah ingin mengangkat darjat kita. Dengan menghadapi ujian, kita diberi peluang untuk mencapai tahap iman yang lebih tinggi, menjadi insan yang lebih matang, kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

So, janganlah kita merasa lemah atau berputus asa apabila diuji. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah yang ingin kita kembali kepadaNya dan memperbaiki diri.

Wallahuallam. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews