15 October 2024

Emosi pengaruhi makan? Betul ke?

Ye betul. Emosi memang boleh mempengaruhi pemilihan makanan kita. Benda ni biasa je sebenarnya namun ramai antara kita tak menyedarinya. Apa kata kita selami lebih dalam macam mana emosi boleh pengaruhi cara kita makan.

Biasanya, kebanyakan orang cenderung untuk makan bila dorang mengalami emosi tertentu, seperti bosan, stres atau sedih. Ini dikenali sebagai "makan secara emosional." Contohnya, bila seseorang rasa sedih, mereka mungkin memilih untuk menikmati aiskrim atau coklat sebagai cara untuk merasa lebih baik sebab makanan tertentu, terutamanya yang tinggi gula dan lemak, dapat memberikan kepuasan sementara.

Makanan jugak boleh membawa 'kenangan manis'. Mungkin korang ingat hidangan tertentu yang selalu dimasak oleh mak masa korang kecik. Masa korang rasa rindu atau tertekan, korang mungkin memilih untuk memasak makanan tersebut sebagai cara untuk merasai kembali kenangan yang menyenangkan. Ini menunjukkan bahawa emosi kita sering kali mempengaruhi pilihan makanan kita.

Emosi pengaruhi makan? Betul ke?

Masa kita berada dalam keadaan stres, badan kita akan mengeluarkan hormon seperti kortisol, yang boleh menyebabkan kita rasa lapar. Dalam keadaan ini, kita selalu memilih makanan yang tak sihat sebab ia lebih mudah didapati dan memberikan rasa kepuasan segera. Makanan ringan seperti keropok, gula-gula atau makanan segera selalujadi pilihan, walaupun kita tahu ia tak baik untuk kesihatan. Betul tak?

Sebaliknya, emosi positif juga boleh mempengaruhi cara kita memilih makanan jugak. Bila kita rasa bahagia, kita cenderung untuk lebih memilih makanan yang lebih sihat dan berkhasiat. Kita mungkin berusaha untuk memasak hidangan yang lebih berwarna-warni dan menarik untuk dikongsi dengan orang tersayang. 

Untuk mengatasi makan emosional, penting untuk mengenal pasti emosi yang mendorong kita untuk makan. Cuba catat apa yang korang rasa dan makanan apa yang korang pilih. Dengan cara ini, korang dapat melihat corak dan membuat perubahan yang positif. 

Berikut adalah beberapa tips:

- Mencari Aktiviti Alternatif: Masa korang rasa nak makan tapi bukan sebab lapar, cuba cari aktiviti lain contohnya berjalan, membaca atau berhubung dengan rakan.

- Relaksasi: Teknik relaksasi boleh bantu kurangkan stres dan mengatasi emosi yang mungkin mempengaruhi pemilihan makanan.

- Pilih makanan sihat: Kalau korang rasa perlu makan, pilihlah makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan atau sayuran, yang dapat bagi tenaga tanpa membawa kesan negatif kepada kesihatan.

So, memang benar emosi dan makanan saling berkait rapat. Apa yang penting, cuba fahami  'hubungan' ini supaya kita dapat buat pilihan yang lebih baik sekaligus menjaga kesihatan mental dan fizikal. 

Lepas ni, bila korang rasa nak makan, luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri, "Adakah saya benar-benar lapar, atau adakah ini kerana emosi saya?" Dengan kesedaran ini, kita boleh mengambil langkah untuk makan dengan lebih bijak dan seimbang. Moga bermanfaat. 

2 comments:

  1. Dulu saya begitu, saat masih belum rutin workout. Tiap mood lagi tak bagus, lari ke makanan. Tapi skr nih, dah berkurang lah. Selalu mikir dulu, makan yg terlalu manis, walopun bisa menghilangkan stress, tp menaikkan gula darah pula.

    JD lebih hati2 memilih. Tapi saya paliiing suka pilih makanan yg pedaaas kalo sedang mood tak bagus 😄

    ReplyDelete
  2. Tapi bila stress akan cari makanan atau akan cari cafe nak layan secawan coffee .. at this moment begitu lah :D

    ReplyDelete